Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP kekal dengan keputusan menolak kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang sebelum ini menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata partinya hanya berjaya meyakinkan sekutu dalam PH untuk menolak hanya dua daripada empat ADUN tersebut sebagai calon PH dalam PRN Melaka, manakala dua masih dipertimbangkan seperti yang dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.