PRN Melaka: Kreadibiliti PH akan tercalar jika ambil tiga bekas ADUN - Penganalisis Astro Awani


PRN Melaka: Kreadibiliti PH akan tercalar jika ambil tiga bekas ADUN - Penganalisis


Astro Awani
Sivamurugan berpendapat, ketiga-tiga bekas Adun itu sepatutnya bertanding sebagai calon Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan dianggap merancang kejatuhan kerajaan Melaka sekiranya mengambil tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan baru-baru ini.
Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian, PH seharusnya mengelak dari isu itu digunakan bagi melemahkan mereka.
Jelas beliau, perkara itu juga akan menjejaskan kreadibilti PH yang selama ini menentang tindakan lompat parti.
"Sudah pastinya ini akan dijadikan bahan yang boleh menjejaskan reputasi dan kreadibiliti serta kewibawaan bukan sahaja calon itu tetapi juga Pakatan Harapan.
"Walapun mungkin PH boleh mengatakan tidak terlibat, tidak merancang tetapi dalam politik yang ditimbulkan, yang boleh meraih sokongan sudah pasti akan digunakan sepenuhnya," katanya kepada Astro AWANI.
Sivamurugan berpendapat, ketiga-tiga bekas ADUN itu sepatutnya bertanding sebagai calon Bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti.
Beliau juga menjelaskan, pandangan mengatakan tiga ADUN itu tidak melompat parti adalah tidak tepat kerana tanpa gerakan yang dilakuan, kerajaan Melaka tidak akan tumbang.
"Tanpa ada mereka yang keluar dan mesra dengan pesaing politik maka tidak lah tumbang sesebuah kerajaan, jadi apa yang dilakukan adalah hampir sama motifnya dengan apa yang dibuat di Melaka dan dengan apa yang dilakukan di Pusat," katanya lagi.
Pada Ahad, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan tidak akan ketepikan tiga bekas ADUN Melaka yang umum menyokong PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu.
Jelas Ketua Pembangkang di Parlimen itu, tiga bekas ADUN berkenaan menyokong untuk mengembalikan mandat PH yang dikhianati sebelum ini.

No comments: