PRN MELAKA - SUKARNYA JADI ANWAR IBRAHIM




Tiada `personal' dengan Azmin - Anwar Ibrahim - Utusan Digital


Cuba bayangkan diri kita berada di kedudukan DS Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH.
Isu logo, rata-rata mahukan logo Keadilan digunakan di dalam PRN Melaka dan pada PRU15 nanti. Keadilan sendiri tentunya mahukan logo partinya digunakan, bukan kerana parti Keadilan tetapi ada banyak hujah untuk menyatakan logo Keadilan itu lebih baik digunakan berbanding logo PH yang telah banyak tercemar. Tidak perlu saya ulas sebab2nya kerana saya telah ulas sebelum ini.
Dap dan Amanah pula tegas untuk menggunakan logo PH. Jika Anwar ikut kehendak partinya sendiri untuk menggunakan logo Keadilan, apa orang akan kata? Pasti akan ada tuduhan bahawa Anwar sebagai Pengerusi PH yang bersifat diktator dan Keadilan dituduh sebagai 'big brother' dalam PH. Adakah itu baik buat PH?
Akhirnya, PH bersetuju untuk menggunakan logo PH di PRN Melaka. Ertinya, terbukti Anwar tidak mengamalkan diktator dan Keadilan bukan 'big brother' dalam PH. Namun, yang mahu mencari kelemahan Anwar akan tetap berkata. Mereka anggap Anwar tidak tegas, Anwar pemimpin yang terpaksa melutut kepada dua parti rakannya iaitu Amanah dan Dap. Tuduhan ini turut terdengar di kalangan ahli Keadilan. Adilkah demikian?
Isu 4 Adun katak di Melaka. Dua katak dari PH telah menjatuhkan kerajaan PH yang telah diberi mandat oleh rakyat Melaka pada PRU14 yang lalu. Dua lagi katak telah menjatuhkan kerajaan Bn tanpa mandat rakyat itu dengan kerjasama dua katak PH. Samada katak dari PH atau dari Umno/Bn, katak tetap katak. Perbuatan mereka amat jijik kerana mengkhianati mandat rakyat. Samada dua Adun Umno itu jadi katak untuk beri laluan kepada PH berkuasa semula, perbuatan mereka tidak wajar kita puji kerana mereka telah mengkhianati mandat pengundi2 di kawasan mereka. Apakah kerana perbuatan itu menguntungkan PH maka kita anggap khianat mandat rakyat itu suci dan bersih? Sebab itulah rata2 di bawah ini khususnya para pendokong PH amat vokal mendesak PH menolak dari mencalonkan kesemua mereka. Mereka boleh sokong dan bantu PH tetapi tidak layak untuk menjadi calon PH.
Kita tahu, ada pimpinan dalam Keadilan dua tiga orang setuju terima mereka. Dalam Amanah terutamanya Amanah Melaka khabarnya hampir semua setuju untuk terima adun2 katak ini. Dap tegas tolak kesemuanya
Apa Anwar boleh buat? Dia sedaya upaya untuk tenangkan keadaan dan beri komen yang seakan positif kepada dua2 belah pihak yang pro dan kontra itu. Anwar tahu sebenarnya mengapa mereka mahu sangat kepada adun2 lompat berkenaan. Anwar juga sedar, bukan sedikit yang membantah.
Anwar harus pilih samada memilih prinsip atau kehendak rakan parti dan rakan sekutu. Jika Anwar percaya bahawa dalam politik itu mandat rakyat mesti dihargai, saya yakin Anwar akan tolak mereka. Masalahnya, keputusan Majlis PH bukan ikut kepala Anwar seorang saja. Sekali lagi Anwar terdedah dengan persepsi tidak kira apa pun keputusan yang bakal diambil.
Jika saya jadi Anwar, tiada pilihan lain kecuali mengurangkan persepsi. Saya akan ambil mudarat yang paling kurang iaitu kekalkan prinsip.
Mengambil dua adun katak dari PH itu, hukumnya 'haram'. Manakala, mengutip dua bekas adun dari Umno/Bn bolehlah dianggap 'makruh'. Boleh dikutip, tapi rakyat benci. Itu saja.

WFAUZDIN NS


No comments: