RUGI 33.8 BILLION DAPAT CUMA 3 BILLION- NAJIB PULA MEROYAN SOAL CUKAI PADA HAL MELINGKUP 1 MDB BERPULUH PULUH BILLION- SUDAH LAH....MELINGKUP DUIT RAKYAT SAHAJA. BODOH KAU ORANG SEMUA


AZIZI ZAKARIAH

Malah, nilai sebanyak RM33.8 bilion sudah musnah dalam pasaran saham kita semalam berbanding hasil tambahan RM3 bilion kepada kerajaan yang dikutip dari cukai makmur ini.

Kerugian RM33.8 bilion untuk mendapat hasil RM3 bilion? Adakah ianya wajar?
Saya sangat bimbang bahawa langkah sementara ini akan memberi impak jangka masa panjang terhadap keyakinan pelabur dan ekonomi negara kita serta aset simpanan Rakyat.
Di ulang ulang ....
Kerugian RM33.8 bilion untuk mendapat hasil RM3 bilion? Adakah ianya wajar?
Sementara perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19 berjumlah RM38.02 bilion.
Hanya yang bersatu dalam pendapat untuk menyokong sesuatu dasar dan lain-lain terutama dalam politik siasah seterus politik kenegaraan.
Perbincangan dibuka sekarang.
May be an image of text that says "T Prosperity tax fair, says deputy minister after RM33bil wiped off market cap Minderjeet Kaur November 2. 2021 12:52 PM Yesterday, it was reported that a cumulative RM33.8 billion was wiped off the market capitalisation on Bursa Malaysia in a knee jerk reaction to the government's announcement. To an additional question by Ahmad Maslan (BN-Pontian) on the revenue to be earned from the prosperity tax, Yamani said it was not known yet but it could be more than RM3 billion."
Susulan kenaikan hutang kerajaan sebanyak RM300 bilion serta pengambilan dividen melampau sebanyak RM140 bilion dari Petronas sejak PRU14 akibat pemansuhan GST dan lockdown separuh masak antara paling panjang tempohnya dalam dunia, kewangan kerajaan dan kemampuan kerajaan untuk bantu Rakyat yang terjejas akibat pandemik adalah terhad.
Sebab itu, kerajaan perkenalkan cukai makmur ‘one-off’ sebanyak 33% akan dikenakan bagi syarikat berpendapatan melebihi RM100 juta - iaitu kenaikan dari cukai biasa sebanyak 24%.
Ini perbandingan kadar cukai korporat beberapa negara:
Hong Kong: 16.5%
Singapura 17%
Indonesia: 22%
Filipina: 25%
Thailand: 20%
Vietnam: 20%
UK: 19%
USA: 21%
China: 25%
MALAYSIA: 33% (biasanya 24%).
Saya pernah menulis beberapa kali bahawa antara niat sistem cukai GST ialah untuk turunkan cukai korporat dan cukai peribadi ke paras lebih kompetitif degan negara-negara jiran bagi menggalakan perniagaan baharu dan pelaburan asing dalam negara.
Ini juga trend seluruh dunia.
Dan ini juga dibuktikan apabila cukai korporat dan peribadi diturunkan beberapa kali dari 28% ke 24% semasa saya PM.
Malah, negara Filipina turut turunkan cukai korporat dari 30% ke 25% pada tahun ini sebagai satu usaha membina semula ekonomi mereka yang terkesan teruk oleh pandemik.
"Philippines to cut corporate tax to 25% to aid recovery from COVID"
Tapi kita naikkan dari 24% ke 33% secara one-off untuk pungut sekitar RM3 bilion pulak.
"To an additional question by Ahmad Maslan (BN-Pontian) on the revenue to be earned from the prosperity tax, Yamani said it was not known yet but it could be more than RM3 billion."
Ini antara kebimbangan saya dalam perbahasan saya semalam bahas di Dewan Rakyat.
------
Saya menyedari bahawa hasil kepada kerajaan dijangka rendah dan
kewangan kerajaan ketika ini sangat tertekan atau kritikal.
Tapi saya amat bimbang dengan dua langkah kerajaan untuk menaikkan cukai korporat dari 24% ke 33% bagi syarikat yang untung lebih RM100 juta bagi tahun 2022 serta langkah untuk mula mengenakan cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari luar negara untuk menambah pendapatan kerajaan.
Akibat pemansuhan GST, yang menyekat langkah kerajaan BN dahulu
untuk menurunkan cukai korporat dan peribadi, kadar-kadar cukai negara kita sudah menjadi paling tinggi di ASEAN ketika ini – malah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat yang sudah turunkan kadar cukai mereka dengan ketara sejak 2 tahun lepas.
Saya faham, kenaikan kadar cukai korporat bagi syarikat-syarikat yang menjana keuntungan RM100 juta ke atas adalah langkah sementara untuk satu tahun sahaja, tetapi, ianya akan menghantar mesej yang boleh menghakis keyakinan pelabur. Mereka akan berasa khuatir perkara seperti ini boleh berulang pada masa yang akan datang apabila kerajaan terdesak untuk mendapatkan hasil tambahan.
Perlu kita sedari, semasa kita memilih pelabur asing, pelabur asing juga memilih kita dan mereka mempunyai negara-negara lain sebagai pilihan alternatif.
Sebab apa pelabur asing mahu memilih negara kita dengan kadar cukai yang tinggi untuk melabur apabila tawaran negara-negara jiran kita lebih menarik dan semakin menarik?
Kita boleh lihat daripada kejatuhan teruk pasaran saham sebanyak 33 point sehingga pukul 12 tengahari tadi akibat langkah tersebut.
Malah semasa saya berdiri ini …………….
Nilai sekitar RM25 bilion ini telah dihapuskan dari pasaran kita. Dan yang akhirnya menanggung kerugian ini adalah rakyat secara langsung atau secara tidak langsung melalui tabung-tabung simpanan rakyat seperti KWSP, ASB, Tabung Haji serta Unit Trust.
Sekiranya matlamat perbelanjaan kerajaan yang paling besar ini adalah untuk menjana peluang pekerjaan yang baharu dan memulihkan ekonomi serta menambah pendapatan kerajaan, ada banyak lagi cara selain memperkenalkan cukai-cukai baharu.
---
Akhirnya, nilai sebanyak RM33.8 bilion sudah musnah dalam pasaran saham kita semalam berbanding hasil tambahan RM3 bilion kepada kerajaan yang dikutip dari cukai makmur ini.
Kerugian RM33.8 bilion untuk mendapat hasil RM3 bilion? Adakah ianya wajar?
Saya sangat bimbang bahawa langkah sementara ini akan memberi impak jangka masa panjang terhadap keyakinan pelabur dan ekonomi negara kita serta nilai aset simpanan Rakyat.

No comments: