PAS TINGGAI KEKASAIH LAMA- AMBIK KEKASIH BARU

 


Guna logo PN: Pas tolak Umno, pilih kekal dengan Bersatu


Oleh MALAYSIA DATELINE / November 3 , 2021

Keputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuktikan Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno sebaliknya memilih kekal dengan Bersatu.

Penganalisis politik dari UTM Dr Mazlan Ali berkata, Pas menjangkakan mereka juga mungkin berdepan masalah dengan Umno kelak terutama di kawasan-kawasan Malay heartland.

Apatah lagi katanya, Pas dan Umno adalah musuh tradisi selama berdekad-dekad sudah tentu Pas akan bertembung dengan Umno terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

“Pas tidak percaya sepenuhnya kepada Umno yang mungkin juga berkecenderungan bekerjasama dengan PH.

“Semenjak September 2020 lagi, Umno kerap berhubungan denga Ketua Pembangkang dan ini dilihat tindakan yang membelakangkan Pas sebagai anggota Muafakat Nasional,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut, beliau berkata Pas tidak menghadapai banyak masalah bersama Bersatu kerana Bersatu tidak seperti Umno yang bersikap tidak konsistan.

“Bersatu lebih bersifat setiakawan dan pasti Bersatu akan bersetuju kepada kehendak Pas dalam banyak keadaan menjelang PRU15 nanti,” ujarnya.

Lagipun katanya, Pas sudah termakan budi dengan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang menyebabkan Pas berpeluang menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan.

“Adalah sangat tidak wajar jika Pas bertindak tinggalkan Bersatu semata-mata mahu bersama Umno.

“Pas pasti akan dilihat tidak ada setiakawan dan hanya mementingkan kuasa semata-semata,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja parti itu telah meluluskan penggunaan lambang PN pada PRN Melaka yang berlangsung pada 20 November depan.

Ketiadaan lambang Pas pada PRN Melaka yang dijangka menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon daripada Barisan Nasional (BN), PN dan Pakatan Harapan (PH).

 


No comments: