Jika berita ini benar, satu lagi kerja tidak masuk akal akan berlaku dalam PH.
Kita semua tahu, parti Muda bukan gabungan dalam PH. Bahkan, Muda menentang MOU yang PH lakukan. Ketua parti Muda, Syed Sadiq kita tahu amat lantang mempertahankan Tun M sewaktu dalam PH.
Dikhabarkan Dun Pengkalan Batu akan diberikan kepada Ketua Muda. Satu lagi parti dalam PH juga katanya akan beri kerusi mereka kepada calon dari Muda.
Jika ini benar, apa sudah jadi kepada PH? Sudah kehabisan calon yang berkelayakankah? Mengapa perlu kutip merata2 calon, tidak cukup kita mahu kutip katak2, kita kutip pula budak2 Tun? Mereka bukan dari keluarga PH.
Tolonglah PH. Waktu kita susah, kita minta ahli2 diakar umbi buat kerja di kawasan masing2. Bila waktu kita perlu pilih calon, kita mahu pilih orang yang tidak pernah turun membantu di kawasan tersebut? Mereka hadir basuh kaki saja? Tidakkah kita telah khianat para penyokong kita di akar umbi?
Saya harap ini khabar angin. Masalah katak2 ini pun telah banyak mencemar imej PH dan membuat para penyokong tegar kita rasa kurang senang, apakah kita mahu menambah satu lagi bebanan?
Kami tegur dan kritik PH kerana kami sayang PH. Kami setia dengan PH waktu PH susah, waktu PH jadi kerajaan 22 bulan dan kami terus setia bila PH dikhianati. Kami tidak mahu PH tercemar dengan elemen2 seperti ini. Kami mahu PH tampilkan calon2 yang tulen dan sejati di kalangan PH itu sendiri. Jangan beri muka kepada yang tidak pernah ikhlas berjuang bersama kita. Mereka tidak pernah menjadi ahli parti kita, tetapi ingin menumpang nama PH. Belajarlah dari pengalaman Tun M yang menumpang nama PH tetapi beliau juga yang mencemar nama PH.
Cukup2lah PH. Tolong selami hati para penyokong di bawah. *"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Buat baik berpada2, buat salah jangan sesekali."*
WFAUZDIN NS