BERBELIT BETUL YA : Undi 18: Tunggu keputusan mahkamah sebelum anak muda boleh mengundi?

 


Tindakan kerajaan Perikatan Nasional 2.0 yang menunggu sehingga Mahkamah Tinggi Kuching memutuskan Undi 18 perlu dilaksanakan pada hujung 2021 sebelum kerajaan berusaha untuk melaksanakannya amat mendukacitakan.


Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) bertanya mengapakah kerajaan bertindak seolah-olah melambatkan pelaksanaan Undi 18 sebelum keputusan mahkamah diumumkan.


"Setiawangsa hanya ingin bertanya mengapa pihak kerjaaan ingin tunggu keputusan mahkamah sebelum melaksanakan undi 18 ini, sedangkan perkara ini merupakan pindaan Perlembagaan yang disepakati rentas parti pada era PH dahulu," katanya.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata, kerajaan mempunyai time line sehingga 2023 untuk melaksanakan Undi 18.


Beliau juga memberikan faktor yang tidak banyak bersangkutan perkara tersebut seperti daftar pemilih perlu dibersihkan terlebih dahulu dari senarai warganegara gila, meninggal dunia dan dipenjarakan.


Begitu juga, katanya, mereka yang berumur lebih 90 tahun yang diketahui lebih 7,000 jumlahnya belum dibersihkan daripada senarai pemilih berdaftar. Selepas semua hal itu selesai maka Undi 18 boleh dijalankan.