AMBIL PENGAJARAN DARI APA YANG RAFIZI CAKAP

 

HAMDAN TAHA


Dalam ini tulisan rafizi....ada pengajaran di sini tapi yang jelas adalah perangai Bersatu....dalan PH pun dia buat lagak jadi Hero dan bersama PN lagi lah dia tunjuk Hero...

Dan jika umno tak ambil pengajaran maknanya umno terperangkap....tapi yang pasti setakat ini tindakan umno betul tidak bersama PN tambahan pula dalam PN dah ada Hantu Azmin dan Hamzah lagi parti tu Berantu dan ada Jin...
Pas biarkan dia kerana akhirnya Pas ni dia akan bersendirian kerana watak dia tidak ada setiakawan dan sentiasa jadi penumpang tak pernah jadi pemandu selama hidup dia...tapi walaupun penumpang tempat yang dia nak pergi tu sampai...itu bijaknya Pas....tapi lepas pru 15 nanti dia dah tak akan ada sahabat,kawan dan pemandu yang nak tumpangkan dia lagi....kerana semua Bas dia nak naik dan dah kecing berak dalam Bastu....46,Umno,Pkr,Dap....tu parti besar....parti kecik pun banyak....
May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "Rafizi Ramli @rafiziramli Yg berkeras nak ambil katak2 utk PRN Melaka, selain 2-3 kerat pimpinan PKR, adalah Mat Sabu & Adly dari AMANAH. Alasannya bg lonjakan spt Mahathir konon bg lonjakan semasa PRU14. Yg kena maki & jawab @anwaribrahim Mat Sabu tlg lah jawab sekali, jgn bising mesy PH je Translate Tweet 6:52 AM. 01/11/2021 Twitter for iPhone"
Perkara sama berulang.
Semasa rundingan permohonan BERSATU nak masuk PH dulu tahun 2016, saya dan sahabat-sahabat yang mewakili PKR dalam Majlis Presiden berkeras BERSATU hanya diterima sebagai sekutu pilihanraya (bukannya anggota PH) supaya keputusan PH tidak kacau bilau.
Yang berkeras mahukan BERSATU sebagai anggota PH adalah pimpinan AMANAH dan DAP, dengan alasan PKR tidak kuat dan berpecah. Perangai Azmin dijadikan alasan PH perlukan pimpinan baru dari BERSATU kerana kononnya kami tidak kuat untuk mendisiplinkan Azmin yang mahu bersama-sama PAS.
Pada satu ketika, kata dua diberikan kalau PKR tetap berkeras, wajarlah PKR tidak lagi bersama PH kerana AMANAH dan DAP sudah buat keputusan menerima BERSATU.
Demi mengekalkan PH, kami terpaksa bersetuju dengan syarat ada perjanjian ketat.
Itulah latar belakang kacau bilau. Perjanjian ke laut, strategi “lonjakan yang dibawa BERSATU” juga ke laut sebab BERSATU melonjak katak 🤣
Sekarang alasan yang sama digunakan pimpinan AMANAH, konon Idris Harun dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka.
Masalahnya mereka berkokok di dalam mesyuarat PH kerana dalam PH, parti besar mana pun bila menjadi anggota ada undi yang sama.
Diluar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab diluar.
Sudah sampai masanya Presiden AMANAH dan Pengerusi AMANAH Melaka pula cuba meyakinkan pendokong PH diluar ini kot belah mana kemasukan katak-katak politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka.
Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH tapi tidak cukup berdegar-degar di luar.
Kalau saya, kena sekali cukuplah. Sampai mati saya takkan lupa pengajaran itu sebab kalau kena dua tiga kali atas kesilapan sama, namanya ”kurang cerdik” 🤣