KETUA PEMUDA PKR MESTI SEPERTI SINGA


NORMAN RADZUAN


 PH tewas PRN Melaka & PRU15 sb kelemahan sendiri

KETUA PEMUDA PKR MESTI SEPERTI SINGA
Ketua Pemuda UMNO, PAS dan Bersatu jika Presiden mereka diserang mereka akan pertahankan bermatian walaupun Presiden mereka tidak betul.

Ketua Pemuda PKR bila Presiden Parti diserang dia membisu, kelu dan lesu... Pemuda sewajarnya menjadi benteng kepada parti dan Presiden. Setiap kali DS Anwar diserang beliau terpaksa menjawab sendiri (membela diri sendiri).

Ketua Penerangan PKR pula jika duduk dalam media (kewartawanan) alamatnya cerita gempa bumi berlaku hari ini... minggu depan baru disiarkan. Maafkan saya terpaksa menegur.

Jika PRN Melaka dan PRU15 tewas bukan kerana lawan hebat tetapi pengurusan parti sendiri yang lembab. Media Oren pula niatnya bagus tapi cara ia diuruskan dan editorialnya sangat lemah seperti tidak berpengalaman.

Siapa penulis berita tersebut dilihat agak tempang, adakalanya lucu dan tidak profesional. Penyampaian beritanya agak 'low class' kerana editorial. Mereka kena byk belajar dari Malaysiakini.

Mungkin Unit Penerangan dari PH keseluruhan mereka tidak berpengalaman di dlm media. Apapun belum terlambat utk mereka melakukan sesuatu.

Apa candangan saya? Setiap ahli Parlimen PH kena sumbangkan RM 1k sebulan utk menubuhkan unit Media PH utk diuruskan secara profesional. Ia mestilah berita yang pantas, berfakta, content yg baik dan yg penting sampai kepada sasaran.

Jumlah RM 80k utk kos pengurusan kakitangan, sewa dan utiliti pejabat setiap negeri, staff (editor, sub editor, wartawan dan grafik) adalah antara kos yg diperlukan. PH perlu ada unit media utk 4 parti disatukan agar parti2 komponen tidak seperti hanya perjuangkan parti masing2.

Perlu diingat apabila tidak ada maklumat penerangan yg baik maka fitnah memburukkan PH sgt mudah dilakukan oleh Jkom. Politik di Malaysia ini siapa menang persepsi maka dia akn menang Pilihanraya.

Contoh DAP mudah dikambing hitamkan. Sebabnya PH terutama DAP sendiri tidak ada unit penerangan yg efisien. Mereka tidak agresif dlm membalas serangan. Akhirnya org Melayu percaya DAP ini jenis Cina komunis sb unit penerangan PH dan DAP sgt lemah.

Jadi fikir2 kanlah sebelum Harapan dicampakkan ke laut hitam.

No comments: