BELUM LAGI- BARU SEKADAR MENYATAKAN HASRAT SAHAJA..PARTI MANAKAH YANG AKAN DISERTAI MEREKA ? BIARKAN MEREKA BERTANDING ATAS TIKET BEBAS

 Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bercakap di sidang media khas susulan kenyataan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Melaka di Hotel Casa Del Rio, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 05 OKTOBER 2021.


MELAKA – Teka-teki mengenai status empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya terjawab semalam.

Ini kerana keempat-empat mereka menetapkan tekad untuk bersama-sama Pakatan Harapan (PH) bagi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November

“Saya dan rakan-rakan saya bagai orang mendatang, kami tidak mahu jadi melukut di tepi gantang, masuk tak menambah, keluar tak berkurang.

“Kami faham parti ini sudah ada orang, kami tidak mahu berbicara, kami serahkan nasib kami kepada PH Melaka dalam PRN akan datang,” kata Datuk Seri Idris Haron.

Idris dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dilihat hadir dalam pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama ahli-ahli gabungan itu di sebuah hotel di bandar Melaka, malam tadi.

 


No comments: