LIMA FAKTOR MENGAPA ISNIN INI PM WAJIB BERUNDUR
Isnin adalah hari paling sesuai untuk Muhyidin jumpa Agong untuk
maklumkan dia sudah malu untuk terus jadi PM, kerana:
1. Tiada lagi majoriti dalam dewan.
2. Kerajaannya tidak mendapat mandat rakyat.
3. Salah laku hingga menyebabkan Agong dukacita.
4. Kerajaannya gagal tangani semua krisis dalam negara, terutama
Covid19.
5. Kesihatan yang merosot mengganggu tugasnya.
Kalau PM masih juga berkeras dan tiada maruah, maka kita cabar
PM untuk membuktikan serta menafikan 5 perkara di atas.
Jika itu pun PM tiada keupayaan melakukannya, kita merayu agar
Agong berperanan untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari ancaman
diktator. Kita tidak mahu melihat akhirnya nanti rakyat terpaksa melanggar SOP
dan melakukan perhimpunan besar-besaran untuk mendesak PM dan kerajaan turun
segera.
Jika kamu naik sebagai PM dulu pun secara tidak bermaruah,
paling kurang kamu turun secara bermaruah.
WFAUZDIN NS