SAIFUL IHAM
Meneliti Perlembagaan Persekutuan, in particular Perkara 40 (1)
& (1A), dan Perkara 150 (berkaitan Darurat), dibaca bersama Proklamasi
Darurat 2021, dan Ordinan Darurat (Kuasa2 Perlu) 2021, khususnya Seksyen 2, dan
11 Ordinan yang sama, dan juga realiti yang sedang berlaku hari ini, bolehkah
kita memberikan nilai dan tafsiran yang sama terhadap perkataan 'menasihati
YDPA"?
Bolehkah kita tafsirkan bahawa apabila Kabinet, telah, dengan
rela hati, menggunakan Perkara 40 (1) & (1A) Perlembagaan Persekutuan untuk
'Menasihati YDPA', untuk mewujudkan situasi seperti di bawah Perkara 150
Perlembagaan (Darurat), dan selanjutnya mewujudkan Proklamasi Darurat 2021,
Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan yang sama juga telah, secara langsung
menzahirkan kewujudan Ordinan Darurat (Kuasa2 Perlu) 2021, yang selanjutnya,
telah, secara otomatik, dan dengan secara rela hati, menurunkan kuasa Kabinet
untuk 'Menasihati YDPA' mengenai
"...kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam
keselamatan, kehidupan ekonomi, dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan
berikutan wabak penyakit berjangkit, atau Penyakit Koronavirus 2019
(Covid-19)....." (Seksyen 2(1)),
kepada sebuah Jawatankuasa Bebas yang telah dilantik oleh YDPA
dibawah Seksyen 2(2) Ordinan yang sama?
Pada masa yang sama, bolehkah kita tafsirkan bahawa melalui
artikel 40 (1) juga, Kabinet telah menasihati YDPA untuk menghadkan kuasa
Kabinet sendiri, sepertimana yang jelas terkandung di dalam Seksyen 11 Ordinan
Darurat (Kuasa2 Perlu) 2021?
Mungkinkah juga kita boleh merujuk kepada Seksyen 18 Ordinan
yang sama untuk mendapat kepastian tentang bidangkuasa sebenar Ordinan Darurat
(Kuasa2 Perlu) 2021 berbanding undang2 lain yang diwujudkan di bawah Proklamasi
Darurat 2021?
Saya mungkin khilaf, namun persoalan2 di atas adalah sekadar
sesuatu untuk difikirkan bersama oleh kawan2 yang berminat dengan perkara2
berkaitan perlembagaan dan realiti yang sedang berlaku hari ini...
Wallahualam