ADA NAJIB TAK SOKONG- DIA DOK NIAGA KES DIA LEPAS KA TIDAK ....SG BULOH DOK NANTI. BERANI DILUAR PARLIMEN SAJA

 

Panas! Ismail Sabri sahkan Najib sokong Muhyiddin


Ismail Sabri sahkan Najib sokong Muhyiddin



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan ketulenan surat 40 Ahli Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikeluarkan pada 29 Julai lalu.

Ismail Sabri berkata kandungan surat tersebut adalah benar, ia dibuat selepas pertemuan dengan semua MP BN di Parlimen dan menjelaskan hanya timbul kekeliruan berhubung penggunaan kepala surat.

“Kandungan surat itu bahawa 40 Ahli Parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah benar. Kenyataan itu dibuat selepas saya mengadakan pertemuan dengan 40 Ahli Parlimen terbabit.

“Kekeliruan hanya membabitkan penggunaan kepala surat BN. Kami adalah wakil rakyat BN, justeru berhak untuk menggunakan kepala surat BN.

“Apabila saya hendak mengeluarkan kenyataan, mana boleh saya menggunakan kepala surat lain kerana saya bersama Ahli Parlimen terbabit adalah daripada BN,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu pada Jumaat, terdapat pihak yang cuba mempersoalkan kesahihan kenyataan tersebut, ia termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Ismail Sabri menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Ketua Kampung Charuk Puting, Batu Bor, Guai dan Paya Mengkuang di pekarangan Masjid Al-Mutaqin, Cheruk Puting.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan interim yang tersebar dalam media sosial itu tidak perlu dilayan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, isu berkenaan sengaja dimainkan oleh pihak tertentu berikutan penangguhan sidang Dewan Rakyat, esok.

“Orang ramai jangan mendengar serta terpengaruh dengan khabar angin mungkin berlaku pembentukan kerajaan dan Perdana Menteri interim yang disebarkan dalam media sosial.

“Kita jangan melayan dan memainkan isu ini kerana pihak terbabit cuba memecahbelahkan keharmonian rakyat.

“Lagipun, saya difahamkan bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak ada istilah interim… PM interim, kerajaan interim tidak ada dalam Perlembagaan,” katanya.

No comments: