HANYA TUNGGU DI KEBUMIKAN -Tamrin Tun Ghafar

 HANYA  TUNGGU  DI KEBUMIKAN 


Tamrin Tun Ghafar 

Jumaat - 30/07/2021
( 1 -  23 )


1.   Umpama orang yang lemas , akan capai apa saja asalkan  selamat , namun  apabila sudah sampai masa tiada  siapa atau ubat yang boleh menyelamatkannya melainkan  ALLAH  SWT. 

2.  Dimandi sudah , dikafankan pun sudah hanya menunggu mayat diusung ke tanah perkuburan untuk di kebumikan. 

3.   Itulah keadaannya yang berlaku apabila  PENIPUAN  DAN  PENDERHAKAAN  dilakukan terhadap Agong  dan Parlimen pada hari Isnin 26hb Julai 2021. 

4.  Kali pertama  PENIPUAN  ini dilakukan Mahiaddin ialah apabila memaklumkan kepada  Agong  beliau punyai sokongan majoriti  Ahli - Ahli Wakil Rakyat  sedangkan SEHINGGA  KINI  beliau masih MENGELAK  dari undi tak percaya dalam Parlimen : jika cukup mengapa takut ? 

5.  Bagaikan dipukau atau ada kebenaran berbagai  cerita  di sebaliknya , Wallahualam , namun Agong  BERSETUJU melantik beliau sebagai Perdana Menteri. 

6.  Rakyat masih terbayang melihat melalui kaca TV  bagaimana gembiranya beliau  bersama isteri , keluarga dan rakan - rakan setelah perlantikan tersebut. 

7.   Bukankah kita melihat  SEMBURIT  memeluk ketat Mahiaddin , dan ada pula yang menitiskan air mata kesoronokan. 

8.  Namun disebalik keseronokan  dan  kegembiraan tersebut  dan setelah mengadakan 'PERBINCANGAN'  bagi menguatkan  kedudukan nya melalui   'SCHEME  OF  THINGS' , beliau BERPURA - PURA  mengatakan  beliau sememangnya tidak berminat  dengan jawatan tersebut. 

9.   Dalam tahun 1858 di Clinton , Illinois Presiden Amerika Syarikat , Presiden  Abraham Lincoln  berkata : 

'YOU  CAN  FOOL  ALL THE PEOPLE  SOME  OF THE TIME  AND  SOME OF  THE PEOPLE  ALL THE TIME 

BUT YOU CANNOT FOOL ALL THE PEOPLE  ALL THE TIME' 

10.   SEPANDAI - 
        PANDAI  TUPAI
        MELOMPAT
        PASTI  JATUH
        KE TANAH JUA 

11.  Seorang sahabat ,  Abu Zar r.a. pernah  bertanya  mengapa beliau tidak diberi jawatan namun secara spontan Rasullulah  SAW  BERSABDA  "anda orangnya lemah untuk memegang jawatan , sedangkan jawatan itu adalah AMANAH . Pada hari kiamat jawatan akan menjadi  KEHINAAN  DAN  PENYESALAN , kecuali bagi siapa yang  MENGAMBIL NYA  DENGAN  BENAR  DAN  MELAKSANAKANNYA  DENGAN  BENAR"  ( Hadis Riwayat Muslim , Sahih Muslim ) 

12.   Apakah  dengan sibuk membaca doa dan diulangi hampir setiap waktu , maka ia menjadikan beliau seorang pemimpin yang bersih dan boleh dipercayai ? -  sedarkah  taraf  Menteri Agama kini  TAK  LEBIH sebagai  Imam kampung  sahaja  - pun berpura - pura  berlagak  hebat  tapi  sebenarnya kosong. 

13.   MAHIADDIN , YOU  ARE A FAILURE ! 

Hentikan lakonan kepura - puraan seolah - olah bagaikan seorang ulamak  sedangkan :. 

KOKOK  BERDERAI - DERAI , EKOR  BERGELUMANG  TAHI  

mengapa sehingga kini masih TAK  BERANI  bawa saya ke Mahkamah isu Nika Gee , isteri orang yang diperkosa dahulu 

BERANI  KERANA  BENAR , TAKUT  KERANA  SALAH 

14.  Apabila  seekor ikan itu  busuk di kepala maka seluruh anggota nya sehingga ke ekor  busuk sama - dalam  bahasa yang senang difahami  oleh kerana  Perdana Menteri itu BODOH  DAN  GAGAL  maka  seluruh Anggota Kabinet atau Menteri nya  2X5  juga justeru  KERAJAAN  GAGAL ! 

15.    Menteri Undang - Undang  bercakap dalam Parlimen  BAGI  PIHAK  Kerajaan  ; Agong  keluar kenyataan  MENAFIKAN  segala apa yang di ucapkan itu. 

16.  Ekoran kenyataan Agong , Mahiaddin  pula menyusuli dengan  kenyataan 4 muka surat ;  SATU  LAGI  PEMBOHONGAN yang dilakukan. 

17.   Kenyataan Agong melalui  surat  beliau bertarikh  29hb  Julai 2021  AMAT  JELAS   bagaikan   : 

DAH  TERANG  LAGI BERSULUH 

18.   Mahiaddin  nampaknya  bersungguh - sungguh   MELAWAN  ARUS - bukan sahaja  menentang  Agong  bahkan Institusi Raja - Raja itu sendiri. 

19.  Semasa negara berada dalam Perintah Darurat  yang akan berakhir pada malam esok , jam 12 malam ,  Sabtu 31hb July , AGONG  MASIH  PUNYAI  KUASA  MEMECAT  Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. 

20.    Presiden UMNO , Najib dan mereka yang sedang  menghadapi  tindakan  Mahkamah  TIDAK  BOLEH  DI PERCAYAI  DAN  HARAPKAN  lagi ;  berbohong  seperti Mahiaddin , mereka terus  MENIPU  ahli - ahli  UMNO  yang telah beri kata putus  MENARIK  SOKONGAN ;  mereka  menggunakan  kedudukan  untuk MELEPAS  DIRI  dari hukuman penjara. 

21.  Tindakan Ismail Sabri , Naib Presiden UMNO  bersetuju  dengan 40 Ahli Dewan  Rakyat UMNO/BN  menyokong Kerajaan PN  sebenarnya TELAH  PUN  DI JANGKA - walaupun MELANGGAR  kehendak PAU  namun  kepentingan periibadi MENGATASI  segala - galanya ; ia tak ubah  seperti  : 

ALI  BABA  DAN  40  PENYAMUN 

22.  Rata - rata rakyat  MAHUKAN  MAHIADDIN  DIPECAT  SERTA  MERTA justeru mereka bersama Agong dan Raja - Raja Melayu menggulingkan KERAJAAN  GAGAL  ini. 

23.   Oleh kerana TIADA  mana - mana Parti yang punyai sokongan majoriti maka bagi mengelakkan  perkara atau situasi  sama berulang lagi  adalah lebih baik Agong melantik satu  Majlis  atau Badan khusus  menangani wabak COVID  dan masalah ekonomi yang dihadapi  rakyat  dan negara sehingga PRU  akan datang  dimana masa itu rakyat pilih siapa dan Parti mana yang difikirkan sesuai ;  Majlis  atau Badan ini TIDAK  BOLEH  BERPOLITIK  DAN  HANYA  MELAPORKAN   PADA AGONG  SEGALA YANG DILAKUKAN.


Wassalam
Terima Kasih