Letak jawatan, bina semula negara di bulan Merdeka

 


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menyifatkan bulan Ogos selaku bulan Kemerdekaan adalah bulan yang sesuai untuk membina semula negara.



Beliau berkata, Ahli-ahli Parlimen yang berkumpul di Dataran Merdeka hari ini adalah sebagai simbolik menuntut kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan, demokrasi berparlimen dan kedaulatan Institusi Raja-Raja.



"Jelas beberapa bulan belakangan ini, kerajaan PN terbukti gagal memimpin negara dan menyelesaikan permasalahan rakyat. Lebih 1 juta kes Covid-19 dilaporakan setakat ini. Lebih 9, 000 rakyat meninggal. Ekonomi dalam keadaan tenat. Rakyat hilang kerja. Duit simpanan mereka telah habis. Graduan universiti menganggur. Rakyat resah dengan masa depan mereka.



"Apabila Perikatan Nasional gagal urus tadbir negara, mereka mengumumkan darurat. Ordinan Darurat elak dibahaskan di parlimen seperti termaktub dalam perlembagaan. Apabila YDP Agong tegur kerajaan, titah Agong diabaikan," katanya.



Justeru, katanya, berdasarkan sebab-sebab itulah Ahli-ahli Parlimen berhimpun untuk menuntut Perdana Menteri dan seluruh Kabinetnya letak jawatan dengan serta-merta.



"Bulan Kemerdekaan ini, kita bina semula negara kita dengan jiwa merdeka," katanya.


No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021