MASAALAH RAKYAT MALAYSIA TAK FAHAM TENTANG INTIPATI PERLEMBAGAAN




MOHD MUKHLIS


Masalah sebenar dengan rakyat Malaysia ialah mereka tidak tahu apa intipati perlembagaan dan apa sebenarnya erti menjadi rakyat negara ini. Acap kali saya katakan yang negara ini adalah berpaksi pada demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Jadi paling tinggi sekali adalah Perlembagaan Negara. Ini yang telah memelihara negara kita selama ini dari menjadi negara gagal walaupun telah cuba di rosakkan oleh Mantan PM macam Najib bila dia cuba alih kuasa darurat dari YDPA kepada Perdana Menteri. Bila PH naik, PH telah betulkan kerosakan yang berlaku dengan pulangkan semula kuasa isytihar darurat kepada YPDA.

Pelembagaan kita ini tertakluk pada pemisahan kuasa antara 3 cabang utama iaitu kehakiman, eksekutif dan legistatif. Tujuan pemisahan kuasa ini adalah untuk melindungi kepentingan rakyat jika ada mana-mana pihak yang cuba hendak melanggar Perlembagaan Negara untuk cita-cita peribadi.

Tapi Mahiadin (bukan nama sebenar) telah menguasai 2 pertiga dari cabang ini dan hampir membuatkan dia menjadi supreme leader bila dia lantik speaker dewan rakyat dan peguam negara yang bias dan terbukti tidak mampu mempertahankan perlembagaan negara.

Dari awal lagi dia cuba tunggang tiga-tiga institusi tadi bila dia tidak cukup sokongan di parlimen; sampai jadi buah mulut media luar negara. Sebab itu jangan tanya mana pi semua FDI lari, siapa yang berani labur dalam negara yang PM dia sendiri takut dengan sidang parlimen.

Padahal dalam sistem westminster, Perdana Menteri itu sendiri datang dan pergi. Undi percaya dan undi tidak percaya adalah sebahagian dari demokrasi. Boleh ker masuk acara olimpik tapi event tangguh sebab takut kalah? Dia boleh tangguh sebab pengadil itu geng dia.

Yang tidak sebahagian dari sistem demokrasi adalah bila tunggang semua cabang perlembagaan untuk kekal berkuasa. Dari tipu jumlah sokongan, derhaka pada YPDA, derhaka tak mahu buka parlimen, dalam masa yang sama tak reti memerintah. Kes kematian akibat covid beratus-ratus sehari!

Sedangkan satu nyawa manusia pun bernilai di sisi Islam, inikan beribu-ribu nyawa hilang akibat Perdana Menteri dan kabinet yang tidak competant; jangan kita lupa jasa pada ulamak yang menjadi perisai orang yang zalim tadi.

Hak rakyat untuk berhimpun dan bercakap juga di jamin dalam perlembagaan negara dalam artikel 10, kita boleh argue tentang ancaman covid-19 untuk kata berhimpun di masa ini tidak sesuai kononnya. Tapi persoalan saya bila masa yang sesuai?

Bila masa Januari 2021 kes baru 3K tapi DG yakinkan semua yang Darurat di perlukan untuk perangi Covid-19? Atau bila masa kes sudah 6 kali ganda sampai 17K waktu darurat sudah tamat? Jadi bila masa sesuai untuk berdemo? Atau hendak tunggu kes 20K sehari baru nak kata inilah masa yang sesuai hendak berdemo?

Lagi satu sekarang darurat dah tamat, mana bukti sains dan data yang DG dan KKM kata darurat bantu perangi kes Covid?

Ingat mereka yang berdemo ini sebenarnya kurang terdedah pada jangkitan kerana berada di open space, berbanding dengan kilang yang tertutup. Dan jangan lupa juga jasa pendemo-pendemo yang lepas. Dakwat hitam di jari pengundi masa PRU14 lepas adalah hasil dari desakan rakyat yang turun demo bersih. Kalau rakyat tak turun, rasanya ada tak kerajaan akan suruh SPR implement dakwat kekal?

Lepas itu mereka bising guna saluran yang betul, kita sudah 6 bulan dalam darurat, kes tak turun, nak balik kampung tak boleh, rakyat banyak kena buang kerja, murung bersepah, bunuh diri macam perkara biasa, hospital sesak, frontliner letih. Apa lagi saluran yang tak betulnya? Parlimen kena prorogue sampai 6 bulan padahal derhaka dengan titah YDPA supaya boleh bersidang.

Tapi bab jarah duit KWAN laju aje mereka. Yang duk backup sangat ini, saya nak tanya siapa tahu perincian duit KWAN 5 billion tu pergi mana? Parlimen itulah tempat untuk MP pembangkang jadi check and balance, supaya kerajaan tidak sewenang-wenang belanja duit rakyat.

Pastu yang bising kata bila parlimen di buka pembangkang suka buat kecoh, itu sifat parlimen kalau yang jadi speaker tidak adil. Pernah ke tengok pasar malam senyap? Atau tengok perlawanan bola bisu? MP-MP yang di pilih tadi bising untuk kesejateraan rakyat. Biar mereka bertumbuk tampar sekali pun dalam parlimen, janji hak rakyat terpelihara.

Saya nak tanya, kalau MP pembangkang terpekik terlolong dalam parlimen 30 hari sebulan tapi rakyat dapat bantuan laptop 150K yang di janjikan kerajaan, rakyat yang hilang kerja di bantu dengan segara, yang murung dapat bantuan perubatan; anda mahu atau tidak? Itu saya cakap, sokong apa yang berfaedah untuk kita sebagai rakyat. Ini bila parlimen tutup, satu apa pun perbelanjaan negara kita tak tahu.

Saya nak tanya lagi, kalau awak nak beli barang online, adakah awak akan impulse buying? Maksud dia, tengok TV baru, terus swipe, tengok PS5 baru terus swipe? Atau awak semak dulu belanja dapur dengan Isteri, tengok mampu atau tidak nak beli TV baru? Sama juga dengan parlimen, parliamen ini adalah sistem semak dan imbang perbelanjaan negara, jangan duk buat macam piggy bank abah dia aje.

Dan saya ulang juga penyelesaian ikut sistem westminster, bila mana Perdana Menteri tidak ada keabsahan, ketua pembangkang sepatutnya di berikan peluang untuk di lantik menjadi perdana menteri. Dan tugas perdana menteri yang baharu nanti adalah untuk kembalikan maruah parlimen kita dan secure sokongan yang cukup. Jadi PM baharu tadi gagal dapat sokongan, dia juga perlu meletak jawatan dan beri pada orang lain.

Tapi jika tidak di beri peluang, kita akan kekal di takuk yang sama dan hanya mampu berharap dengan keajaiban. Cuma kita kena ingat, rahmat Allah tidak akan turun pada mereka yang berkhianat dan mereka yang menipu.

Moga Allah perlihara kita dari pemimpin yang zalim.

WAllahualam.