Semenjak bila kem tentera dan premis milik tentera khususnya
Wisma Perwira (kelab pegawai tentera) boleh dijadikan "port" untuk
kegiatan politik?
Bukankah Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) 1972 dan juga
Akta AT 1972 cukup jelas melarang warga tentera berpolitik? Larangan ini
termasuk juga membantu dan menyediakan tempat untuk kegiatan parti politik?
Sudah berapa ramai anggota bawahan dan juga pegawai ditamatkan perkhidmatan
atau dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar peraturan tersebut? Mengapa
kali ini dipejamkan mata? Adakah kerana arahan dari Menteri Pertahanan yang
juga TPM yang bersekongkol dengan pihak yang melanggar titah Agong?
Parlimen disalahgunakan untuk mengelirukan MP-MP. Kini, premis
milik tentera juga digunakan untuk pertemuan politik. Aku harap Panglima ATM
tolonglah jaga maruah dan imej tentera. Jangan nanti ATM disalah anggap sebagai
bersubahat dengan puak2 yang menentang titah Agong. Bukankah Agong itu
pemerintah tertinggi ATM?
WFAUZDIN NS