NAJIB TAK SETUJU TABUNG HAJI DILETAK DI BAWAH BANK NEGARA

 

Tabung Haji bukan bank. TH tak beri pinjaman atau kenakan riba.

Matlamat TH juga sangat berbeza dengan bank.

Dua matlamat utama TH ialah memudah dan menyempurnakan Urusan Jemaah serta memperkasa Ekonomi Ummah.

Jika dikawal terlalu ketat seperti bank maka jenis pelaburan dan pulangan dari pelaburan serta Hibah tidak akan tinggi lagi.

Bukan semua benda ialah bank.

Model TH sudah elok sejak berpuluh tahun dahulu.

Lebih elok keputusan meletakkan TH bawah kawalan BNM ditunda selepas RCI bagi TH selesai.

Pada ketika ini, Menteri Kewangan patut memberi fokus penuh bagi tugas dia sebagai Menteri Penyelaras untuk Pelan Pemulihan Negara.

Meletak Tabung Haji bawah BNM bukan keutamaan dalam tempoh pandemik ini.

NAJIB RAZAK

Bekas Perdana Menteri.

No comments: