AWAT TAK BUAT?



ZOLKARNAIN 


Isu uec lebih kurang macam isu ruu 355, aurat pramugari, premis arak, judi dan kewafatan anggota bomba.

Sebetuinya, orang ph pun ramai tak setuju uec "diiktiraf" dlm sistem pendidikan negara.

Orang ph pun mahu pramugari tutup aurat, mahu pindaan ruu 355 dibuat, mahu judi dan arak dikawal dan mahu pesalah dlm kes kematian anggota bomba itu dihukum.

Satgi lebai pas tanya, masa ph jadi kerajaan, awat tak buat? Sabaq sat lebai. Baca dulu bagi habih. Lepas tu pi main jauh², tok sah dok mai meroyan tang ni...

Mcm ni. Kami ni orang ph, wahai para lebai oi, bukan lagu hangpa. Cerodong tak ketahwan hala. Hangpa tu, semua orang bukan parti hangpa, musuh islam belaka. Kami tak lagu tu.

Kami punya pendekatan tersendiri yg tak sama dgn pendekatan hangpa. Contoh, orang ph juga mahu pinda ruu 355, tapi dengan pendekatan yang harmoni, berperlembagaan dan tidak menggugat kestabilan negara.

Kami tak kafirkan orang yg kritik ruu 355, tak jiratkan orang yg tak setuju dgn pendekatan kami. Orang ph tak mainkan isu perkauman dan keagamaan melulu dlm menangani semua isu berkenaan.

Berbeza dgn hangpa lebai pas. Dlm isu ruu 355, misalnya, mana² orang yg tak setuju dgn pendekatan hangpa dianggap tak sempurna islam. Bahkan ada yg dilabel musuh islam. Macam² lagilah kalau nak tulis.

Aku ulang balik benda tu sebab aku nak habaq kat hangpa, pendekatan kami dan hangpa berbeza. Boleh ja aku buat contoh lain, tapi contoh ruu 355 tu mudah hangpa paham.

Dlm isu uec, hangpa pernah anggap penyokong uec komunis. Padahal pada suatu ketika, dhpp menyokong uec. Hangpa label penyokong uec pengkhianat padahal Mahiaddin pernah buat kenyataan sokong uec. Semasa pas bersama pr, pas sokong uec.

Tapi semasa kerajaan ph, hangpa mainkan sentimen perkauman dlm isu uec. Hangpa nak ambik kesempatan politik utk gambarkan kononnya ph anti melayu, ketepikan bahasa melayu dan musuh melayu.

Hangpa tiup sentimen bangsa dlm isu uec. Padahal itu isu pendidikan. Isu uec kena selesai melalui saluran diplomasi, pendekatan menang² supaya tidak ada mana² pihak terasa hak mereka dirampas.

Hangpa pula lagu lain. Oleh kerana hangpa nak dapat sokongan melayu, sebab hangpa banyak bertanding di kerusi majoriti melayu, hangpa mainkan isu melayu terancam. Hangpa adunkan pula dgn ancaman kpd agama.

Hangpa buat demo sana-sini hasut orang ramai benci ph. Kononnya inilah agenda parti tertentu utk kuasai negara. Masa depan orang melayu islam terancam jika ph terus jadi kerajaan sebab kerajaan ph pro cina komunis.

Takkan hangpa dah lupa semua yg hangpa buat dulu dlm isu uec. Cerita budak² baru nak up genggam penumbuk tu adegan sampingan saja. Depa tu pun pelakon tambahan saja dlm filem melayu islam terancam yg hangpa lebai pas buat.

Begitulah juga isu arak, judi, aurat dan banyak lagi. Semasa jadi pembangkang, hangpa bukan main hentam kerajaan ph, kononnya anti melayu islam.

Sampai la ni, hangpa pulak jadi kerajaan secara tebuk atap. Lepas jadi kerajaan, awat yang kepala hangpa masuk dlm sentung kain. La ni, kami dok ungkit balik la benda yg hangpa dok kata kat kami dulu.

Semasa hangpa jadi pembangkang, hangpa nak haram hat tu hat ni, tutup itu dan ini. Lepas jadi kerajaan, awat hangpa sekadar buat kenyataan di fb saja?

Lepas tu hangpa tanya kami orang ph, apa orang ph buat? Ait... Hangpa ni minum sebotoi mabuk tiga botoi ka?

Laaa... Hangpa dah jadi kerajaan, tanya kami buat apa? Hangpa kata lagi, 22 bulan apa ph buat? Laaa... Kalau kami tak buat masa dulu, patut hangpa la buat. Dok tanya buat apa pasai kami?

Haaa...ni la masa hangpa nak haramkan parti politik hat hangpa dok ratib tu. Pi la tutup kedai judi. Tutup kilang arak.

Wajibkan pramugari tutup aurat. Tangkap penyebab kematian anggota bomba. Haramkan dong zong. Hapuskan uec. Hangpa buat sajalah. Dok tanya kami buat apa, pasai apa plak?

Hangpa buatlah benda yg kerajaan ph tak boleh buat dulu. Tunggu apa lagi, awat tak buat?

Tu saja. Banyak kali dah aku tulis benda lagu ni, tapi lebai pas dok tak paham jugak.

Hangpa ni bengap tahap berapa?

 

No comments: