Apa nasib anak muda Malaysia? siri 1

Apa nasib anak muda Malaysia?

Anak muda zaman sekarang menhadapi pelbagai cabaran besar dalam bidang politik, pengajian and perkerjaan

By

 Francis Loh

 -

19 Jul 2021

Webinar anak muda Aliran

Aliran menganjurkan webinar ketiga tahun ini pada 24 Jun 2021. Judul: Apa masa hadapan anak muda di Malaysia?

Diuar-uarkan sebagai “sembang santai khas”, yang dilakukan di dalam bahasa Melayu dan Inggeris, acara ini bertujuan untuk menjadi sebuah sembang meja bulat yang tidak formal, berbanding seminar akademik yang menampilkan para panelis yang pakar.

Tidak seperti dua webinar awam yang terdahulu, sesi ini dilakukan tertutup hanya kepada anggota dan tamu jemputan. Di dalam memo yang dihantar kepada semua, presiden Aliran, Anil Netto, menyampaikan jemputan kepada anggota Aliran yang lebih muda untuk bersembang. Dengan mengehadkan sesi hanya kepada anggota serta tamu yang dijemput Aliran, diharapkan para panelis muda ini akan lebih selesa untuk bercakap dengan lebih kritikal. Dan itulah yang dilakukan mereka!

Pemudah cara serta panelis yang kemuda-mudaan

Dr Azmil Tayeb, berasal dari KL, berumur 40-an, bukan lagi seorang belia namun tidaklah ‘sepenuhnya dewasa’ juga, sekurang-kurangnya pada semangat dan perilakunya! Beliau suka menunggang motorsikal besarnya, menyertai maraton di seluruh dunia serta masih bujang! Beliaulah orang yang tepat untuk menjadi pemudah cara webinar ini.

Beliau juga merupakan setiausaha kehormat Aliran dan sudah menyertai banyak webinar sepanjang dua ‘tahun kuncitara’ ini. Beliau mempunyai Phd dalam bidang politik dari Australian National University serta mengajar kursus sains politik di Universiti Sains Malaysia hampir lima tahun sekarang. Bukunya, Islamic Education in Indonesia and Malaysia: Shaping Minds, Saving Souls (Routledge 2018), yang membandingkan bagaimana pendidikan Islam diajar dan diperturunkan, cukup berbeza, di negara jiran kita itu, dipuji kerana pendekatan perbandingannya. Carilah bukunya nanti.

Sebagai pemudah cara, Azmil menyediakan tiga soalan (rujuk di bawah) bagi mencetuskan perbincangan. Dan siapa pula anggota Aliran yang (lebih) muda bercakap di dalam meja bulat ini?

Ini kampung halaman saya: Dila yang periang ini sungguh berasa seperti di rumahnya dikelilingi oleh udara masin dan bot nelayan di Teluk Kumbar – ALIRAN

Norhidayah Nadila, awal 30-an, merupakan anak jati Kampung Matahari Naik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Dila belajar perundangan di Universiti Multimedia, Melaka. Beliau sudah berkhidmat bersama Women’s Centre for Change, Pulau Pinang, sejak 2015 dan aktif bersama Penang Forum bagi pihak Aliran. Dia juga merupakan anggota jawatankuasa eksekutif Aliran.

Wan Atikah, pula berumur 20-an asalnya dari Kelantan, belajar antropologi di USM dan bergraduasi pada 2016. Beliau merupakan anggota Arts-Ed Penang, di mana beliau mengendalikan program pendidikan kebudayaan dan seni serta, melalui seni, merancakkan hubungan masyarakat. Pada tahun 2019, Atikah dianugerahkan dengan program felo CrossCulture bagi mengikuti projek kurasi dan rekabentuk program di Jerman. Sekembalinya ke Malaysia, dari Jun ke Oktober 2020, Atikah mengikuti program residensi pekerja budaya Kongsi Bumbung di mana, bersama yang lain, beliau merenung konsep ‘ruang kehidupan’ sewaktu pandemik.

John Fong, anak jati Pulau Pinang berusia 20-an, sarjana muda sains sosial dari Unimas pada 2018 serta juga sarjana dari USM. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang sains politik dengan membandingkan perubahan rejim di Malaysia dan Filipina. Pun, masih menganggur sejak bergraduasi. Jadi, beliau turut terlibat beberapa kerja penyelidikan sambil bermain ‘game’ Star Wars ketika masa lapang. Apabila universiti dibuka semula dengan ‘norma baharu’, dan jika beliau masih tidak dapat mencari pekerjaan yang bermakna, John barangkali akan membuat PhD. Beliau juga merupakan anggota jawatankuasa eksekutif Aliran.

Dineskumar Ragu, juga seorang yang berumur 20-an, berasal dari Bukit Mertajam. Beliau belajar sains politik dan pengajian media di USM dari 2013 – 2017. Beliau kemudian bekerja sebagai pegawai program merangkap penyelidikan bersama Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) dan juga Global Bersih. Kini menganggur, belia banyak menghabiskan masa di media sosial, di saluran Youtube-nya Political Macha Comments membincangkan politik negara. Dines juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Aliran.

Zikri Rahman merupakan seorang pekerja budaya dan seni yang ikut bergabung bersama Buku Jalanan, LiteraCity dan Pusat Sejarah Rakyat. Zikri sekarang belajar di peringkat pasca sarjana di dalam bidang penyelidikan sosial dan kajian budaya di National Yang Ming Chiao Tung University, Taiwan. Beliau kini menetap di Selangor.

BERSAMBUNG KE SIRI KE 2

No comments: