Saya tidak mengikut secara dekat
isu Nini Siron dan Sanusi bukan Junid, (SBJ) MB Kedah itu mengenai pandu uji
kereta. Nini Siron mendedahkan (mempersoalkan) tindakan SBJ yang memandu uji
kereta yang dianggap melanggar SOP.
Sanusi
bukan Junid cuba mempertahankan tindakannya dengan memberi bayangan cerita apa
didakwa Nini Siron itu sebagai bohong dan fitnah. Ramailah juak-juak SBJ
mempertahankan MB Kedah itu dengan berbagai gaya sampai ada yang mencerca Nini
Siron, sehingga bengkak hati Nini Siron.
Akhirnya
apa yang menjadi teka teki dan polemik hangit di medsos itu berakhir apabila
SBJ didapati bersalah dan dikompaunkan oleh polis. Kompaun itu membenarkan apa
yang didakwa (lihat) oleh Nini Siron kemudian divarialkan itu.
Jadi cerita dikira sudah selesai.
Apa
yang hendak saya tarikkan disini nasib yang dihadapi Nini Siron apabila dia
membuat pendedahan itu. Seperti mana katanya dia diserang dihina dengan
kata-kata kesat oleh peminat Sanusi bukan Junid dan orang separti dengannya.
Saya
cukup memahami isu itu sebab saya lebih lama dan lantang mengkritik tindak
tanduk sesetengah pemimpin Pas. Sesiapa mengkritik pemimpin Pas mereka akan
diserang, bukan cara psikologi, tetapi dengan fizikal juga. Tidak perlu saya
huraikan bukti-buktinya.
Orang
Pas tidak boleh menerima kritikan sesiapa juga kerana mereka menganggap mereka,
dewa atau pejuang agama yang maksum, ahli syurga nombor wahid. Inilah sikap
Pas, bukan baharu tetapi sejak lama dahulu.
Jangan
hendak dedahkan perbuatan jahat mereka yang nyata, sekadar salah sebut nama pun
akan dipersoalkan. Mereka sangat peka dan sensitif dan mengangungkan pemimpin
mereka.
Misalnya saya, dalam tulis saya
tidak menyebut Nik Aziz dengan pangkal nama “Ustaz”, orang Pas akan marah.
Mereka akan kata kita tidak hormat Tok guru itu hingga dianggap sebagai
derhaka. Yang berkata demikian bukan pengikut becat bawahan tetapi yang
bertaraf ulamak.
Begitulah sensitif dan fanatik orang Pas kepada pemimpin mereka.
Sikap
dan sifat itulah yang dididik dalam Pas menjadikan pemimpin mereka tidak berasa
bimbang dan takut untuk melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka akan dibela
“nak rak.” Bukan sahaja langgar SOP, bahkan melakukan perbuatan jauh lebih
kotor dan jijik daripada itu pun mereka lakukan sebab mereka dibela pengikut
“senduk.”
Sikap
fanatik dan mendewa pemimpin ini tidak akan mudah terhakis dalam Pas, sebab ia
sudah ditanam (indoktrinasi) sedemikian rupa. Saya juga pernah melalui hal sama
bukan sahaja mengkritik Pas, tetapi sebuah gerakan sosial agama yang lain, Al
Arqam.
Saya
mengkritik Ashaari Muhammad, saya diserang macam lebah. Bahkan dituduh sebagai
saya telah sasau oleh pemimpin kanannya. Saya tidak peduli kerana kebenaran itu
tetap perlu diperkatakan siapa yang melakukanya. Kita, pengkritik menzahirkan
apa yang dilihat salah.
Al
akhirnya apa yang saya kritik menjadi kebenaran (nyata) apabila Ashaari dan
empayar perjuangannya hancur di tengah jalan. Ironisnya sesetengah ahlinya yang
sebelum ini skeptikal dengan saya tersipul-sipul malu apabila berjumpa dengan
saya, setelah jemaahnya hancur.
Kepada
Nini Siron dan sesiapa juga pengkritik, kepada mana-mana pihak juga usah gentar
dan give-up teruskan berkata kebenaran itu meskipunya imbuhannya kepahitan. Apa
dihadapi Nini Siron itu sebahagian ancaman sahaja, masih banyak juzu lagi
bentuk ancaman dan hadiah bakal diterima pengkritik.
Selamat
hari raya Haji. Trims.