SELAGI ADA MAHAZALIM KITA TIDAK AKAN MERDEKA


May be an image of text that says "TUN M!! CINA INDIA"



NORMAN RADZUAN


Selagi ada Tun kita belum Merdeka

MAMPUKAH ANWAR TEWASKAN MAHATHIR?

Mampukah Anwar menjadi PM? Itu soalan yg salah. Soalannya mampukan Anwar tewaskan Mahathir? Hanya mampu menewaskan Mahathir barulah Anwar mampu menjadi PM.

Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein, Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Tun Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak boleh dianggap menerima pukulan TKO... hanya Anwar masih dianggap hanya menerima pukulan KO dan bangkit kembali.

Mampukah Malaysia lakukan Reform? Jawapan saya sgt sukar kecuali dgn izin Allah. Mahathir hanya tidak mampu melawan Tuhan yg mencipta dirinya. Sebenarnya Mahathir telah menguasai Malaysia lebih 40 tahun lamanya... dia mastermind sebenar politik negara.

Dia akn menentukan siapa PM, siapa TPM. Jika siapa tidak bersetuju dia akn menunjukkan kemarahannya. Dia akn lakukan apa sahaja sehingga sanggup melutut kpd Anwar asal perancangannya berjaya. Kita mesti ingat tanpa Anwar, Mahathir tidak akn berjaya menjatukan Najib.

Mahathir seorang yg tidak boleh dipercayai dan sgt licik. Apa yg dia kata itulah yg dia buat. Dulu waktu dia menjadi PM dia kata dia tak suruh mana2 Menteri bantu anak dia berniaga... tapi bila Anwar tak bantu anaknya...punca antara beliau menyingkirkan Anwar sebagai TPM.

Dia kata Melayu suka tubuh parti utk kepentingan diri sedangkan dia lah yg menubuhkan UMNO baru, BERSATU dan terbaru PEJUANG. Malah punca Melayu berpecah hingga tertubuhnya parti S46 dan PKR adalah kerana dirinya.

Style Mahathir dia tidak berasa malu apa yg di kritik (lawan musuh politiknya) itulah juga dia lakukan. Sebenarnya dia tak layak langsung bicara soal kleptopkrasi tapi itulah manusia bernama Mahathir yg mampu mengelirukan pemikiran rakyat.

Ramai yg hairan kenapa Mahathir tidak menyerang Hishamuddin dan Azmin Ali? Ramai juga yg hairan kenapa Tengku Zafrul mengadap Mahathir? Jika Zafrul ingin bertanya soal ekonomi... Anwar adalah individu yg paling sesuai kerana beliau adalah satu2nya Menteri Kewangan

terbaik

negara dan Asia yg patut dirujuk bukannya Mahathir.

Kita juga hairan Mahathir yg kononnya kuat menghentam PN tetapi dia juga cukup byk diberi ruang muncul di media massa dan elektronik. Dia juga tidak diserang oleh Mahiaddin atau Azmin. Hanya org yg tidak belajar Sains Politik yg mudah tertipu dgn game Mahathir.

Sebab itu kita hairan ada pimpinan Dap dan Amanah yg boleh mempercayai Mahathir. Sudah byk bukti atau fakta yg mengatakan Mahathir seorang yg tidak boleh dipercayai. Liciknya Mahathir dia boleh menguasai pemimpin kerajaan dan pemimpin pembangkang.

Kelibat beberapa pemimpin Amanah dan Dap utk mempercayai Mahathir telah byk membuang masa rakyat dan parti hingga berpecah. Jika tanya org gila dkt Tg Rambutan pun mereka pun pening kenapa seorang lelaki berumur 96 tahun masih mahu menganggu politik Malaysia. Lebih gila bila ada yg mahu bekerjama dgnnya yg mahu melantik diri sendiri menjadi PM kali ketiga...Description: 😅

Lihatlah sikap Mahathir yg berjanji berikan jawatan kpd Anwar berkali kali di hadapan media... akhirnya selepas itu dia berkata Anwar tidak layak... Yg layak Azmin dan anaknya Mukhriz.... haaaaa.

Soal menentukan dan menjatuhkan PM, Mahathir telah lama lakukan kpd PM Menteri pertama lagi atau Bapa Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman. Dia lah yg mendesak Tunku meletakkan jawatan sepertimana dia lakukan kpd Pak Lah dan Najib.

Apa kata Tunku Abdul Rahman “Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khidmat saya selama lebih 17 tahun.

Dr Mahathir sendiri tahu untuk bangsa dan negara, saya telah mengorbankan segala kesenangan dan telah menjadi miskin dan papa malah untuk membayar cukai pendapatan pun saya terpaksa menjual harta benda.” – Tunku Abd Rahman.

Tunku berkata Mahathir telah melahirkan persepsi kononnya beliau pro Cina, dibenci org Melayu dan bermacam macam lagi. Apapun kata Tunku beliau hanya mengambil tindakan memecat Mahathir dari UMNO dan bukan seperti apa yg dilakukan oleh Mahathir dlm operasi lalang melawan musuh2 politiknya.

Begitulah selama 22 tahun Mahathir melahirkan persepsi memburukkan Anwar hingga ramai org Melayu percaya. Hingga apabila Mahathir melihat pada PRU 12-13 kebangkitan rakyat kerana media sosial... dia menggunakan cara khianat yg sukar dibaca oleh Anwar sendiri.

Dia seolah olah sudah bertaubat dan mahu memperbaiki dirinya. Tapi sebenarnya Mahathir dari era Tunku Abdul Rahman sehingga skg tidak berubah dan tidak akan berubah. Dlm dirinya, dia benci Najib dan takut Anwar.

Selagi ada Tun jgn bermimpi kita mampu melakukan reform. "This man alone will bring down the nation," ujar Tunku Abdul Rahman 50 tahun dahulu. Fahami betul2 maksud Tunku itu.