TAK SEMBANG BANYAK TAPI BUAT KERJA BANYAK...BUKAN MACAM SOQANG TU...KENA SAMAN FITNAH BERKALI..LAGI SEMBANG

 

#KhidmatUntukRakyat
#DUNManjoi

Video Player
00:00
01:50

Sumber: https://fb.watch/68n8KhLAxv/


Tak henti beri sumbangan, hari ini Asmuni bantu 2,649 buah keluarga terkesan akibat PKPD di Manjoi

Tak henti beri sumbangan, hari ini Asmuni bantu 2,649 buah keluarga terkesan akibat PKPD di Manjoi

Pada pagi ini saya dan pasukan Pusat Khidmat ADUN Manjoi telah menyiapkan pembungkusan 2,649 pek ayam sejuk beku, 2,649 pek ikan sejuk beku, Bawang, Cili, Halia, Kacang Panjang & Bendi untuk diedarkan kepada semua penduduk di kawasan PKPD.

Saya juga menerima sumbangan 500 paket ikan sejuk beku dan 500 paket ayam sejuk beku. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Razkhi bin Haji Rahman selaku Pengerusi Persatuan Komuniti Tambun ( CP Pakat), En Kim Kah Leng Pengarah Wing Hann Marine Food Sdn Bhd, En Mok Chee Hong Pengarah FY Sdn Bhd dan Tuan Haji Mustafa Kamal Bin Ismail Setiausaha Persatuan Komuniti Tambun ( CP Pakat).

Barang-barang ini akan diedarkan kepada semua penduduk yang tinggal di dalam kawasan PKPD oleh 45 orang sukarelawan Pusat Khidmat ADUN manjoi pada hari ini juga.
Setiap keluarga akan menerima satu paket sayur-sayuran,seekor ayam dan 2kg ikan kembung.

erima kasih juga kepada pihak Pemborong Manjoi yang turut, menyumbangkan ubi kentang untuk diagihkan bersama barangan ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang, Amanah Tambun, AWAN Tambun,ARiF, Amanah Ipoh Barat, Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Tambun yang telah bertungkus lumus selama 3 hari dalam menyiapkan 2649 bungkusan barangan ini. Alhamdullilah konvoi bantuan makanan ini telah bergerak ke Pusat Kawalan Operasi Bencana di Pejabat Daerah Dan Tanah Ipoh pada jam 11 pagi.

PROSES PENGAGIHAN

Konvoi Bantuan Pusat Khidmat ADUN Manjoi telah tiba di PKOB di Pejabat Daerah Dan Tanah Ipoh. Setelah mengadakan perbincangan dengan Ketua Penghulu Dr. Sani dan pihak PKOB, saya telah menyampaikan taklimat kepada 45 orang sukarelawan Pusat Khidmat Adun Manjoi. Penghantaran barangan telah bermula jam 1:00 petang kepada 2,649 rumah di kampung-kampung yang terlibat oleh Sukarelawan Pusat Khidmat Adun Manjoi. Saya turut berkesempatan bertemu dengan OCPD Ipoh yang baharu, Tuan Yahaya Hassan.

Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sukarelawan Pusat Khidmat Adun Manjoi, Ketua Penghulu, Pejabat Daerah Kinta, PDRM, JKM ,RELA, KKM dan agensi-agensi yang berkaitan yang telah bertungkus lumus dalam memastikan semua penduduk KDAS 2, RPT Jelapang Baru dan Kg Sungai Tapah mendapat segala bantuan dan kemudahan sepanjang tempoh PKPD berlangsung.


Asmuni Awi

No comments: