HARGA MINYAK SAWIT BUKAN DITENTUKAN OLEH MENTERI TAPI PASARAN DUNIA

 

HAMDAN TAHA


Harga minyak masak sawit sekarang agak tinggi berbanding di zaman PH memerintah saya sangat setuju tu

Walaupun harga minyak masak di zaman PH tapi orang kampung yang ada sawit amat marah pada kerajaan PH ketika itu kerana harga sawit tandan masa tu sangat rendah sehingga 200 ke 250 satu tan

Zaman PN ni pula harga minyak masak mahal tapi orang ada kebun sawit sikit pun tak marah kerana harga sawit tinggi sehingga mencecah 950 satu tan

Dari zaman Ph lagi saya telah menulis bahawa harga minyak sawit tidak ada kena mengena dengan menteri dan kerajaan kerana dia di tentukan oleh market dunia

Kebetulan PN memerintah dunia berdepan dengan covid 19 maka industri minyak seperti soya,bunga matahari dan specis yang bukan pokok kekal seperti sawit berdepan dengan masalah kerana covid,masalah pekerja dan sebagainya maka pengeluaran minyak selain sawit terjejas di seluruh dunia,sedangkan sawit tidak begitu terjejas kecuali terjejas dari segi tenaga kerja itu pun hanya di malaysia tidak di indonesia

Minyak sawit akan mula jatuh harga apabila masalah covid 19 mula dapat di selesaikan oleh negara negara pengeluar soya dan minyak lainnya

Jadi untuk kejatuhan harga minyak sawit kena tunggu lah masalah lambakan minyak lain di dunia

Itu lah keindahan dunia ciptaan Allah dalam satu pihak sedang rugi ada pihak lain pula yang sedang untung

Jadi bagi saya harga minyak masak dan harga sawit bukan isu politik buat saya

Bagi orang kampung dan syarikat syarikat yang berlandaskan sawit tahun ini akan buat duit,tabung haji,pnb dan yang ada ladang sekarang sedang menikmati keuntungan berganda...

Namun harga minyak boleh dikawal kerajaan agar rakyat yang tiada kebun sawit dapat menikmati minyak dengan harga yang sepatutnya. 

No comments: