Tak cukup dengan geng artis kayangan tunjuk diva melangkawi
sempadan negeri, yang diberi borang siap chop pun sama naik?
Ini nak kira sebagai apa? Kalau polis dah tak percaya pada org
ramai utk rentas negeri nak salahkan sape? Ada Frontliners pun rasa kecewa dan
marah dgn sikap sesetgh orang yang cari pasal pi upload perkara yang tidak
sepatutnya..
Pastinya orang-orang yg benar-benar ditimpa kecemasan seperti kematian
keluarga terdekat, sakit tenat atau urusan penting yang memerlukan rentas
sempadan negeri yg akan terkesan.
Orang mcm saya yang terpaksa mohon kebenaran rentas negeri sebab perlu
angkut barang anak-anak dan bawa balik dari universiti sebab cuti semester serta yang
tamat pengajian, boleh dan MUNGKIN terkesan gara-gara ada segelintir individu yang
"Selfish" dan gemar menyalahgunakan kebenaran pihak polis.
Pada mereka yang gemar buat kerja bodo mempamerkan borang kosong
atau kebenaran polis di SocMed, RENTIKANLAH kerja takde pekdah dan boleh
menyusahkan orang lain tu.
Wallahualam
- Zus Din
08 April 2021