SEJARAH MEMBUKTIKAN KEMPEN UTK PRU PH LAMBAT PANAS


PADA AKU INVOKE telah melakukan yang TERBAIK

utk gerakan kempen lebih awal sebelum PH. Kalau Invoke tak bergerak lebih dulu, nak harap jentera kempen PH yg lambat panas? Lambat lagi.

Sama juga dgn GERAK98 dan Ezam. Mereka melakukan yg terdaya. Ezam akhirnya memohon maaf secara terbuka kpd DSAI, Kak Wan dan famili. Selepas ini apa pula alasan HATERS Ezam utk halang dan mencemuh dia dari meneruskan usaha mempertahankan REFORMASI?

Firasat aku la...puak tu TIDAK akan berpuashati. Apa lagi nak dibelitkan demi memuaskan nafsu amarah dan rasa benci mereka?

Kalau mcmni cara fikir kita, maka agenda Reformasi akan diperjuangkan oleh segmen-segmen yg tidak bersatu padu. Hgpa agak Allah akan bg kemenangan pada kumpulan yg punya MATLAMAT REFORM YG SAMA tapi berpecah belah begini?

Aku percaya dgn apa yg bro Wfauzdin Ns kata : "Kebanyakan yang tidak suka melihat orang lain bergerak adalah mereka yg malas bergerak. Kebanyakan yang suka menuduh orang lain ada kepentingan diri, hakikatnya mereka lah yang ada kepentingan diri".

Wallahualam

- Zus Din

07 April 2021

 


No comments: