KAH.......MACAMANA NAK BELAT AYAQ...KERUSI PUN TAK SELESAI

 


Gagal selesaikan pembahagian kerusi di Kedah, Sanusi serah pada pusat untuk tentukan

Gagal selesaikan pembahagian kerusi di Kedah, Sanusi serah pada pusat untuk tentukan

Perikatan Nasional (PN) Kedah menyerahkan kepada kepimpinan pusat untuk menentukan pembahagian kerusi bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat yang juga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses pembahagian kerusi telah dibincangkan pada peringkat PN negeri.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkata, pihaknya memang ada berjumpa dan berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

“Yang mana, perbincangan dengan Bersatu maka dengan parti itu sahaja, manakala mana perbincangan melibatkan UMNO maka dengan parti tersebut sahaja.

“Kita bincang dengan kedua-dua pihak tetapi keputusan tetap dibuat pusat,” katanya ketika diminta mengulas tentang proses pembahagian kerusi PN di Kedah setakat ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Pagi Menteri Besar Kedah bersama Penjawat Awam Kedah di Dataran Wisma Darul Aman di sini pada Khamis.

Menurutnya, keputusan pembahagian kerusi tidak dilakukan peringkat negeri, sebaliknya hasil perbincangan diserahkan kepada kepimpinan pusat untuk membuat keputusan.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau bertemu dengan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Muhammad Sanusi memaklumkan belum menerima jadual berhubung perkara itu.

Pada Rabu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberitahu Bersatu dan Pas akan mengadakan pertemuan pada Jumaat ini bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya umum akan datang.

Dalam perkembangan sama katanya, beberapa isu berbangkit selepas Perhimpunan Agung UMNO pada Ahad lalu tidak memberi kesan kepada Kedah dan pentadbiran berjalan seperti biasa.

Katanya, mereka yang ingin berpolitik diminta pergi jauh memandangkan pihaknya sibuk untuk menguruskan pentadbiran dan akan memberi tumpuan kepada Kedah.

Sebelum itu, Muhammad Sanusi turut menerima cek wakalah agihan balik zakat disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim. 





No comments: