Nurul Izzah hargai ahli-ahli yang terus setia dengan KEADILAN

 



Nurul Izzah Anwar menzahirkan penghargaan kepada semua ahli KEADILAN yang masih setia dengan parti.

Ketika bercakap pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang KEADILAN Permatang Pauh, beliau menyifatkan kesetiaan tersebut amat bernilai walaupun ramai ahli bertindak keluar daripada parti.

Justeru, beliau menghargai kesetiaan yang ditunjukkan pimpinan cabang, anggota parti termasuk pimpinan Wanita dan Srikandi KEADILAN, Angkatan Muda KEADILAN serta para otai reformis.

"Saya menzahirkan penghargaan di atas kesetiaan dan dokongan mereka dikala parti ini diuji dengan seribu satu pengkhianatan.

"Dalam usaha melaksanakan agenda reformasi, pastinya perjuangan ini bukan mudah. Kita mungkin berhadapan dengan pelbagai rintangan," katanya.

Di sebalik dugaan tersebut, Nurul Izzah berharap semua ahli dan pucuk pimpinan parti dapat terus menggerakkan perjuangan parti yang masih belum selesai.

"Saya mengingatkan agar kesemua anggota dan pimpinan supaya terus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, memperkasa reformasi dan memaknai demokrasi sebagai cabang barisan hadapan yang menjadi simbol ‘Deklarasi Permatang Pauh’," katanya.

 

No comments: