ANNUAR MUSA YAKIN

 

Annuar Musa dakwa rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi tulen

Umavathi Ramayah
Annuar Musa dakwa rakaman audio mirip suara Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi tulen
Annuar Musa berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, rakaman audio perbualan antara dua individu yang mirip suara Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tular di media sosial sejak semalam adalah asli.
Beliau berkata, setelah mendengar rakaman itu lebih daripada 10 kali, beliau yakin suara itu milik Ahmad Zahid dan Anwar.
"Saya cuba mendengar malam tadi beberapa kali dan sebagai orang yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua individu, pengecaman suara bukanlah menjadi sesuatu perkara rumit.
"Suara orang lain berlakon dengan suara sebenar saya boleh cam, terus-terang saya katanya setakat pengecaman setelah dengar lebih 10 kali, saya yakin 100 peratus itu adalah suara tulen, bukan orang buat-buat," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran pelancaran Blueprint Bandar Pintar Wilayah Persekutuan (MySmart Wilayah 2030) di sini, pada Khamis.
Saya yakin rakaman audio itu tulen - Annuar Musa


No comments: