Mahkamah arah Fahmi Reza dibebas 5 petang ini

 

Fahmi Reza, baru-baru ini, menghasilkan beberapa senarai “playlist” Spotify yang seolah-olah mengejek Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berhubung komen di akaun Instagram peribadinya. (Gambar Youtube)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret memberitahu polis bahawa Fahmi Reza mesti dibebaskan pada 5 petang hari ini.

Peguamnya, Rajsurian Pillai, memberitahu FMT, Hakim Nitya Ravindran membenarkan reman hanya satu hari walaupun polis memohon empat hari untuk menjalankan soal siasat bawah Akta Hasutan.

Prosiding itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi.

“Tahan reman dia (Fahmi) sehingga pukul 5 petang,” kata peguam itu.

Selain Rajsurian, peguam Yohendra Nadarajan turut mewakili Fahmi.

Baru-baru ini, Fahmi menghasilkan beberapa senarai “playlist” Spotify yang seolah-olah mengejek Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berhubung komen di akaun Instagram peribadinya.

Satu daripada catatan itu adalah memasak makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti bubur lambuk, roti John dan cucur jagung.

Seorang daripada pengikutnya bertanya sama ada tukang masak istana turut divaksin, Tunku Azizah menjawab “Dengki ke?”

Jawapan itu segera mendapat tumpuan di Twitter, dengan ramai pengguna menjadikan istilah itu sebagai “hashtag”.

Fahmi menghasilkan beberapa “playlist” di Spotify bertajuk “This is dengki ke?” yang memaparkan gambar Tunku Azizah.

“Playlist” itu kemudiannya dipadam oleh Spotify, menyebabkan Fahmi beralih kepada Apple Music.





No comments: