COVID19 INI KITA JANGAN BUAT RAKYAT TRAUMA


Norman Radzuan

May be an image of 2 people, people standing, people sitting and indoor

Jangan kejam sgt dgn rakyat... Sarawak kalah 2 kali

Periksa rumah ke rumah (hari raya) tidak munasabah

COVID19 INI KITA JANGAN BUAT RAKYAT TRAUMA

Cukup2 lah mendera rakyat. Saya yakin rakyat boleh menerima buat kali kedua tidak dibenarkan mereka pulang berhari raya ke kampung tetapi amaran pihak berkuasa utk membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi saya ia keterlaluan.

Kita telah setahun lebih melalui Pandemik ini... kita telah dikurung, kita sentiasa memakai mask, kawalan yg ketat di Wilayah Sarawak tetapi kes terus melonjak. Rakan saya di Sarawak menzahirkan rasa kecewa dgn sekatan kerajaan Sarawak kpd org luar sehingga ekonomi rakyat terjejas.

Sarawak sudah berbulan bulan lamanya konon mahu mengambil langkah sendiri mengawal pandemik tetapi mereka tetap gagal. Malah kes mereka kini makin melonjak dan beberapa kali angkanya tertinggi di negara ini. Yg ruginya mereka telah membuat rakyat negeri2 ( pelancong atau ahli perniagaan domestik ) lain tidak mahu masuk ke Wilayah tersebut kerana perintah kuarantin 14 hari yg kenakan.

Bagi saya Sarawak kalah dua kali atau 2-0 dlm menangani kes Pandemik ini. Kalah mengawal Covid19 dan kalah utk ekonomi rakyatnya. Adakah kita di negeri2 dan Wilayah lain mahu begitu.

Kerajaan jgn melahirkan perasaan trauma atau panik kpd rakyat. Lihat Amerika walaupun kes mereka tertinggi di dunia mereka tidak mahu kalah 2-0. Sejak Ogos lalu menurut rakan FB, Cik Tie mereka sudah boleh rentas negeri dan di Indiana penduduk di sana dibenarkan tidak memakai mask.

Rakyat mereka juga boleh bebas ke luar negara mengikut SOP negara yg ingin dituju. Mereka juga tidak close border. Akviti sukan diaktifkan semula tapi tetap ada SOPnya. Mereka seri 1-1 dlm menangani Pandemik ini. Mereka kalah dlm Pandemik tapi ekonomi mereka tidak hancur. IMereka tak adalah mcm kita sibuk hendak menyaman rakyat tetapi pemimpin dan artis bebas seperti 'raja'.

Kita tidak mahu sebebas US atau negara2 maju yg lain. Tapi kita tidak mahu kerajaan membuatkan kita kalah 2-0. Kita kalah melawan pandemik dan kita kalah dari segi ekonomi hingga rakyat melarat apatah kini kerajaan boros ini telah kehabisan wang.

Saya menyarankan kita tidak dibenarkan pulang berhari raya kerana tidak mahu kita dikenakan PKP. Bila PKP bermakna ada ramai rakyat Malaysia akn dibuang kerja dan perniagaan ditutup. Kita tidak mahu kerajaan tanpa majoriti ini mengambil kesempatan utk melanjutkan darurat dgn melakukan PKP sekali lagi.

Menyaman rakyat rumah ke rumah keterlaluan dan juga terlalu subjektif. Contoh jika 8 beradik itu tinggal di satu negeri di Selangor dan mereka berkumpul di rumah ibu bapa mereka pada hari raya adakah mereka juga disaman? Kenapa tidak perinci SOP berkumpul tersebut.

Jgn buat rakyat kecewa. Sudahlah rakyat kecewa sikap double standard kpd VIP dan artis. Hari raya berilah sikit kelonggaran utk mengubat duka mereka. Tak boleh rentas negeri tak mengapa tapi biar mereka berkumpul sesama keluarga mereka dan lepak di kedai2 dan mall utk mengubati kedukaan tidak dibenarkan pulang ke kampung.

Mcm saya beritahu kita pun tak tahu bagaimana Covid19 ini boleh berjangkit. Suruh berkurung di rumah sudah 4 bulan kita berkurung dlm setahun ini. Tak boleh rentas kita dah buat. Kuanrantin 14 hari di Sarawak sudah dibuat. Pakai mask sudah dibuat... jadi bagaimana? Kes tetap melonjak terutama di Wilayah Sarawak yg boleh dianggap ekstrims.

Sebab itu kita kena adil dan jgn terlalu ekstrims. Mcm di China khabarnya kes tanpa simptom dianggap bukan nombor kes. Hanya suruh kuarantin sahaja. Rakyat Malaysia ini takut dgn nombor kes tapi mereka tak mahu lihat kes penyembuhan... lumpuhlah ekonomi jika kerajaan suka rakyat takut dgn nombor. Rakyat negara kita ini budak 10 tahun kata nampak hantu dkt pokok besar pun depa sanggup tak pergi masjid lalu kawasan tu.

Seperti kata kawan saya seorang Dr, dia lebih bimbang mereka yg kena demam denggi daripada mereka yg positif tanpa simptom. Berkali kali saya katakan TS Noor Hisyam kena minta rakyat jgn panik. Jgn rosakkan ekonomi negara hanya dgn jumlah nombor kes.

Buat kerajaan carilah pelabur. Jika pelabur tak yakin dgn kerajaan ini bubarkan Parlimen atau bubarkan segera darurat. Jgn cari pelaburan dgn rakyat. Rakyat ini dah tak ada duit.


No comments: