ANWAR DAN KECINTAANNYA TERHADAP BUKU

 HARI BUKU SEDUNIA 2021

Ilmu yang bermanfaat untuk rakyat digarap daripada hasil pembacaan buku yang bermutu.

Dengan luasnya akses kepada bahan bermutu, kecerdasan dan kematangan sesebuah masyarakat akan meningkat.

Justeru amat penting untuk kadar penghasilan buku yang bermutu dalam negara kita dipertingkat, khususnya dalam bahasa kebangsaan.

Saya menyeru para sarjana dan anak muda untuk menghasilkan lebih banyak karya dalam bahasa tempatan dan menterjemah karya-karya agung kepada Bahasa Malaysia.

Begitu juga dengan koleksi buku di perpustakaan awam dan institusi pengajian perlulah sentiasa dikemaskini seiring dengan perkembangan semasa.

Buku terbaik sayugia dipilih mengikut pertimbangan kredibiliti penulis serta saranan para ilmuan kerana buku yang baik ditulis untuk meningkatkan mutu pemikiran kita.

Misi membudayakan rakyat dengan membaca buku hanya boleh tercapai tatkala semua pihak merangkul tenaga, bermula daripada ibu bapa di rumah sehinggalah kepada pucuk pimpinan negara.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR.



No comments: