Wakil rakyat lompat parti khianati pengundi - Hans Isaac

 






POSTED BU AMIR WRLR


Datuk Hans Isaac menyifatkan tindakan wakil rakyat melompat parti adalah satu masalah besar dalam senario politik Malaysia.

Beliau berpendapat, walaupun masyarakat Malaysia merupakan pengundi yang matang, tiada jaminan bahawa wakil rakyat yang dipilih akan setia berkhidmat untuk rakyat.

"Isu lompat melompat ini satu masalah, sebab tidak ada peruntukan undang-undang untuk menahan individu yang melompat parti.

"Jadi adakah orang akan keluar mengundi sebab dia percaya undi dia akan dinilai 100 peratus. Orang muda akan kata jangan bazir masa, buat apa undi," katanya.

Hans percaya disebabkan lompat parti, pengundi hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat malah ada yang sehingga putus harapan untuk mengubah negara ke arah lebih baik.

"Kita kena yakinkan kepada masyarakat semula di mana undi mereka diberi 100 peratus tumpuan, itu harus kita buat.

"Sebab ada yang tak nak keluar mengundi, mereka putus asa kepada negara, tak nak tau pasal negara, apa nak jadi, jadilah. Tak boleh...itu hak individu masing-masing untuk mengundi.

"Bila ada komplen...ahli politik apa macam ini, ini sebab kau tak keluar mengundi. Keluar undilah, pilih yang cakap buat... yang cakap buat, kita nak orang bercakap dan buat kerja," katanya.

Justeru, Hans berpandangan bahawa wakil rakyat perlu ikhlas berjuang dan berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk diri sendiri.

"Arwah ibu saya pernah cakap selalu pegang buku nota, tapi saya sekarang pakai telefon pintar sahaja, jadi yang minta bantuan saya akan tulis dalam telefon dan buat checklist, bila masuk pejabat, saya minta pasukan saya tolong telefon pelbagai pihak, cari jalan macam mana nak selesaikannya.

"Tapi kalau tak boleh tolong, saya akan telefon dan beritahu dengan ikhlas saya tak boleh tolong. Jangan cuba belit, sekurang-kurangnya mereka ada peluang cari bantuan di tempat lain.

"Jadi jangan belit masyarakat, itu saja. Sekarang ini banyak orang politik bila ada banyak isu cakap A. Tapi gerak tak A, B tak gerak, C pun tak gerak.

"Adakah kenyataan yang dibuat adalah yang benar, betul ke ni, kita kena beri konfiden.

"Masyarakat nak senang, nakkan kerja, kesihatan, keselamatan dan pendidikan untuk anak anak. Kalau kita ada ini semua, saya percaya Malaysia akan jadi negara lebih baik," katanya.

Pada masa sama, Hans juga percaya wakil rakyat yang lompat parti akan mendapat balasannya jua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Kami harus bersama-sama, tidak cuba jatuhkan satu sama lain, pilihan rakyat harus kita hormati, kita nakkan ekonomi yang stabil. 5 ke 10 tahun ekonomi dalam keadaan baik.

"Ini negara kita, kita patut jaganya dengan baik," katanya.

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

NAJIB TROLL MAHIADDIN PKP 3.0: ‘Takde lagi ke perutusan khas?’, soal Najib

FMT Reporters  - May 7, 2021  Bekas perdana menteri, Najib Razak. PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoal pakej rangsang...