Gempar! Menteri Agama diasak Tun M kerana terima jawatan dalam kerajaan ‘penyamun’

 

Gempar! Menteri Agama diasak Tun M kerana terima jawatan dalam kerajaan ‘penyamun’

Pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengambil tindakan saman terhadap pihak yang memfitnah tentang pertemuannya dengan bekas perdana menteri itu.

Adam Mukhriz Muhayeddin berkata, Zulkifli pernah bertemu Dr Mahathir, namun tidak dinyatakan secara tepat tempat dan tarikh pertemuan

Katanya dalam pertemuan itu, Zulkifli diasak beberapa persoalan oleh Dr Mahathir tentang kerajaan Melayu Islam dan kesanggupannya menerima jawatan menteri dan bekerjasama dengan ‘penyamun’.

Errr tapi kan, saya pun ada kat situ sekali. Memang ada pun Tun tanya soalan gitu. https://t.co/rPVItfsJln

— Adam Mukhriz Muhayeddin 🇲🇾 (@amofficialmy) March 1, 2021


Zulkifli sebelum itu di Twitter menafikan dakwaan pernah ditanya soalan sedemikian ketika bertemu Dr Mahathir, sebaliknya hanya berbual tentang isu Covid-19.

“Pertemuan dengan Tun memang ada sebelum ini. Cuma tak pernah ada dialog sebegitu.

“Kami berbual perihal perkembangan tadbir urus agama era Covid-19.

“Tak ada keperluan menyusun naratif untuk lagakan saya dengan sesiapa. Saya baik dengan sesiapa sahaja,” catat bekas mufti semalam.

Mengepil sekeping foto, Adam Mukhriz bagaimanapun menyanggah kenyataan Zulkifli itu dan menegaskan wujud perbualan sedemikian.



No comments: