Ahmad Dasuki menang saman kes fitnah terhadap Miqdad Zakaria
SHAH ALAM, 2 MAC 2021
– Sebagaimana yang di tulis oleh ustaz sebelum ini terhadap tulisan dan apa jua
fitnah yang di ruangan Medsos atau apa sahaja ruangan yang ada, para pemfitnah
akan di kenakan berhadapan dengan dua mahkamah. satu di dunia, dan satu lagi
mahkamah akhirat.
ألحمد لله
Pada hari ini Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani telah hadir memberi keterangan Di
Mahkamah Kuala Terengganu bagi taksiran gantirugi ke atas saman fitnah yang
dilakukan oleh Miqdad Zakaria. Selaku pengerusi Amanah Marang Trengganu. Ustaz
Ahmad Dusuki diwakili oleh firma Tetuan Srihana Mohamad & Partners melalui
Peguamnya Mohd Jamil Bin Yaacob bersama Wan Srihana Wan Mohamad. Mahkamah
bersetuju Dan memberikan taksiran gantirugi sebanyak RM200,000 beserta kos
untuk kes pertama Dan kes kedua sebanyak RM200,000 beserta RM50,000 untuk
gantirugi teladan beserta kos.
Bagi pihak Ustaz Ahmad
Dusuki mengharapkan agar setiap para pemfitnah mengambil iktibar dari setiap
tulisan mahu pun ucapan yang keluar dari bibir kalian. Moga Allah selamatkan
kita semua dari sifat keji itu. Ini baru Mahkamah dunia.. ada satu lagi
mahkamah akhirat. Kemenangan ini untuk perjuangan Islam.
(Admin)