BELAJAR DARI SULTAN SALAHUDDIN & KING RICHARDSENI POLITIK...........KENAPA MAHATHIR SERANG ANWAR?


Kita lawan bila lawan mampu melawan

SENI POLITIK...KENAPA MAHATHIR SERANG ANWAR?


Image may contain: text that says "saya bkn malaikat...saya bkn nabi yg tk pernah melakukan dosa...saya manusia yg tk blh lari dr buat dosa...maaf maaf tuan.. Saya sudah maafkan dgn seikhlas hati saya. syukran tuan... Sebaiknya Tuan block saya supaya tiada aqi mendengar kritikan2 dari yg lain... Insyallah selamat maju jaya. syukran syukrantun...kotnkitbl tuan...ko nnt kita blh jd kawan... Insyallah"


NORMAN RADZUAN


Bukan saya ingin menunjuk nunjuk atas doa kebaikan kpd Hamzah Zainuddin. Ia ikhlas dari hati saya walaupun pengkhianatan dilakukan kpd rakyat itu sgt kejam. Bagi saya itu urusan antara dia dgn Allah. Tapi bila dia sakit saya kena doakan. Bila dia sihat kita berlawan hujah kembali dgnnya.

Seperti skg saya sakit... tersentuh hati apabila ramai sahabat FB yg mendoakan kesihatan saya. Ramai juga yg PM memberi petua dan ubatan yg perlu dibeli. Malah ada yg bersusah payah mencarikan daun tradisi utk mengubati penyakit saya. Jadi bila kita sakit bukan sahaja kwn tapi yg memusuhi saya juga dpt doakan yg baik2 utk saya...

Dari pengalaman, pembelajaran dan pembacaan byk mengajar saya. Kalau sukar kita memaafkan seseorang itu jiwa rasa tak tenteram. Sb itu pada rakan2 tak perlu minta maaf pada saya. Selalu saya bercakap dgn Tuhan saya maafkan kesalahan org lain. Jika saya tidak tahan provokasi... saya unfriend sahaja.

Kisah memaafkan musuh ini saya byk belajar dari Sultan Salahuddin Al Ayubbi. Ketika perang Salib berlaku, apabila Salahuddin mendengar Ketua Peperangan musuhnya,King 'Richard The Lionheart' sakit, Salahuddin mengarahkan genjatan senjata serta merta.

Salahuddin telah menghantar seorang Tabib ( ada buku meriwayatkan Salahuddin yg dtg merawat sendiri King Richard) merawati musuhnya itu sehingga sembuh. Kata Richard selepas pulang ke England," Hari ini kita tewas bukannya kerana kekuatan tentera Islam tetapi kerana kekuatan akhlak yg ada pada diri Salahuddin Al Ayubbi." Jadi ingat nilai akhlak itu penting.

Beberapa minggu yg lalu saya diserang oleh penyokong sebuah parti agama dgn kata2 yg mengaibkan saya sehingga memfitnah... ketika itu pelbagai serangan kpd beliau... mungkin tidak tahan dgn serangan dan mahu mengambil tindakan undang2 kpdnya, insan ini PM saya memohon kemaafan.

Ketika itu di wall, dia diserang bertali arus. Jadi saya minta dia block saya dari terus diserang. Akhirnya dia ingin bersilaturahim. Itu satu kemenangan buat saya dari seorang membenci saya, kini bersilaturahim.

Pagi ini bukan nak cerita kebaikkan saya tapi dlm politik kita kena bijak. Saya byk belajar dari DS Anwar Ibrahim. Bagaimana Anwar begitu mudah memaafkan musuh2 politiknya terutama manusia bernama Tun Mahathir.

Politik ini sebenarnya unpredictable. Hari dia musuh nombor satu, esok lusa belum tentu. Ketika ini saya sgt kecewa dgn mereka yg percaya kpd Mahathir. Mereka lebih percaya Mahathir dikhianati oleh Muhyiddin berbanding Mahathir mengkhianati Anwar. Sebab sandiwaranya sgt hebat.

Hanya mereka yg memahami seni politik faham jika melihat trilogi kejadian. Mahathir kata dia dikhianati Muhyiddin tetapi mengapa dia lebih kerap menyerang Anwar berbanding Muhyiddin. Dia tidak menyerang Azmin dan Hishamuddin sdgkan kedua insan ini adalah mastermind pengkhianatan.

Ini kerana Muhyiddin adalah PM yg ada 'expired date' baginya. Tapi Azmin dan Hishamuddin adalah generasi seterusnya yg akan menentukan masa depan politik anaknya. Yg peliknya, 'Salahuddin Malaysia' melihat Mahathir dikhianati oleh Azmin Ali. Pemikiran yg sgt cetek tentang ilmu politik.

Dlm buku karya peperangan China berjudul Thirty Six Strategies ada satu strategi peperangan dinamakan 'Serang Wei utk selamatkan Zhao.' Maksudnya apabila musuh sgt kuat utk diserang, maka seranglah kesayangan musuh.

Siapa mereka yg menjadi kesayangan atau ikonik perjuangan reformasi? Tubuh itu tentulah Anwar Ibrahim. Strategi Mahathir melemahkan apa yg disayangkan oleh penyokong dan pendokong Reformasi. Kononnya menyerang Muhyiddin tapi sebenarnya mahu memusnahkan Anwar.

Sebab itu dia mesti membina keyakinan rakyat dgn memburukkan imej Anwar saban bulan. Dulu seks, skg gila kuasa, tak mahu kerjasama dgnnya, desak dia letak jawatan dan mcm2 fitnah lagi. Sebenarnya Mahathir tiada niat mahu jadi PM pun. Mahathir sekadar mahu memecah belahkan dari kepimpinan hingga ke penyokong PH.

Perasan tak yg sibuk menyerang Anwar ketika ini adalah Mahathir, Mukhriz dan Azmin. Bukannya Muhyiddin Yassin. Jadi fikir2kanlah sendiri kenapa? Sepatutnya Mukhriz saban malam mestilah menyerang Azmin dan Muhyiddin kerana dah tentu mereka itu pemerintah dan Mukhriz pembangkang.

Kisah strategi PN ini kita bualkan dlm isu yg lain.

 


No comments: