BEZA ANTARA USTAZ POLITIK DAN USTAZ SELEBTITI


HAMDAN TAHA

Saya berharap selepas ini tidak ada lagi program imam muda atau seangkatan dengannya.
Ada bukti bukti sahih ustaz ustaz ini tidak cukup kuat berdepan dengan populariti dan mereka tewas dengan ujian terhadap mereka.
Ada dua jenis ustaz yang tewas,ustaz politik dan ustaz yang di popularkan oleh TV atau jadi popular kerana di popularkan
Saya dan isteri terlibat dengan program ceramah agama selama 9 tahun. Tugas isteri ialah mencari ustaz dan ulama untuk program dan kelas kelas agama. Tidak bermaksud untuk mengaibkan mereka tetapi pengalaman 9 tahun itu membuktikan ustaz ustaz yang di popularkan oleh media ini melebihi 90 peratus mengejar bayaran yang tinggi bila di jemput,mereka sudah ada setiausaha dan team bekerja dengan mereka untuk mengatur jadual ceramah ini akan menyebabkan bayaran menjadi tidak berbaloi untuk berceramah satu jam sahaja....tapi ustaz yang tidak popular tapi popular di kalangan masyarakat kerana ilmunya amat berbeza...
Apabila kita sebut kenapa mahal sangat mereka akan sebut ini lah orang melayu dengan ustaz berkira tapi bila jemput artis tidak pulak kisah bayar mahal....ayat ayat ini sering kali di sebut...
Imam imam muda kebelakangan ini terjebak pula dengan krisis rumah tangga. Sebenarnya krisis rumah tangga ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi jika melibatkan imam imam dan ustaz ustaz popular ini masyarakat akan teperanjat dan terkejut kerana mereka pendakwah. Malangnya krisis ini melibatkan perkahwinan yang ke dua kerana bermadu. Secara langsung bukan lagi tidak langsung nama ustaz ustaz di luar sana tercemar...ini tidak begitu baik buat orang berlatarkan pendidikan islam....
Ramai ustaz ustaz ni orang baik baik dan tak pernah terdedah dengan dunia yang betul betul mencabar. Bila popular mulalah ramai anak anak gadis dan janda janda muda suka pada mereka. Hari hari kena kejar di janda atau anak gadis....usahkan orang biasa....ustaz pun habis sahabat...
Bukti jelas ada ketua ulama satu negeri ni...dari parti islam...di goda oleh lelaki yang menyamar menjadi perempuan....habis...bukan setakat sereban tanggal....seluar dalam pun dia buka.....maknanya ujian di kejar oleh kaum hawa ni memang bahaya....
Alhamdulilah saya dah tak laku lagi....kot idak pun hanyut juga kot janda janda ajak kawin...