FRIENDS OF MASZLEE
Kalau lama sangat ambil masa PH ni, kacau momentum.
Dua moves yang sedang galak berlaku sekarang.
UMNO tengah cari jalan untuk ugut Bersatu terutama sekali Muhyiddin untuk gugurkan kes-kes jerung UMNO terutama sekali Najib dan Zahid.
Sebab tu Tun M sebut benda ni dua hari lepas. Dia dapat info ni lebih awal dari kita.
Apa akan jadi kalau Muhyiddin berkeras?
Mudah, UMNO akan tarik dari PN dan PN akan jatuh. Taktik yang sama digunakan Muhyiddin bila buat keputusan untuk keluarkan Bersatu dari PH tanpa mandat MPT.
Muhyiddin cannot afford to lose his power now.
Muhyiddin juga dah lepaskan Musa Aman dengan tujuan untuk ambil Sabah.
Game Muhyiddin ialah kalau Sabah jatuh, Warisan lumpuh. Bila Warisan lumpuh, PH pun lumpuh.
Muhyiddin nak devide and rule. Nak kacau PKR, payah. Nak kacau DAP dan Amanah, lagi mustahil. Nak kacau 5 MP Bersatu tu dah macam-macam dia offer, tak jalan.
Yang tinggal hanyalah Warisan dan Bebas.
Dan Muhyiddin tak ada power untuk kacau MP Sabah. Dia perlukan Musa Aman yang sama taraf dengan Shafie Apdal. Sebab tu BN dan PN sambut Musa Aman di airport macam sambut raja.
Shafie Apdal sebut tiap-tiap hari orang call MP Warisan dan UPKO offer macam-macam untuk lompat parti.
Gila woi.
Shafie Apdal dah bagi kata putus kat PH terutama sekali Anwar. Now or never. DAP, Amanah dan Warisan sokong Tun untuk jadi PM.
Anwar je yang masih gelecek bola luar padang.
Tun M sebenarnya tak nak pun dan tak ingin pun nak jadi PM. Korang fikir balik, apa dia nak lagi dengan hidup dia sebenarnya? Dah jadi PM 3 kali, dah tua.
Tapi aura dia tu diperlukan. Itu yang DAP, Amanah dan Warisan nampak.
Ini game MP, bukan game sentimen lagi dah.
Nak goncang 17 MP Bersatu yang bersama Muhyiddin tu, kalau hantar Anwar dorang gelak je. Kalau hantar Tun mahu gelabah dorang.
Nak goncang pula GPS, Bebas dan sebahagian UMNO dan PAS, Anwar tak mampu. Kalau mampu, Anwar dah jadi PM lama dah.
Bila dapat balik Kerajaan, baru Sabah akan solid balik. Sekarang tengah goyang teruk ni.
Muhyiddin guna game defeaning silent sedangkan satu Malaysia tahu dia watak di sebalik pembebasan Musa Aman sebab masa MPT itu hari dia sebut, “something is happening in Sabah next week”.
Sekarang ni harapan kita kat PH atau to be exact, kat Anwar je untuk berkorban dan terima realiti yang dia tak ada apa yang Tun ada.
https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/its-just-politics/2020/06/14/sabah-government-under-siege