PENGIKUT AZMIN ' CETEK' POLITIK


JABATAN NETIZEN 

Stakeholders must understand need for SDGs, Azmin Ali says | The Star


Apa hujah saya karier politik Azmin akn berkubur


Seorang rakan bertanya atas dasar apa keyakinan saya parti Azmin Ali akn berkubur jika ia ditubuhkan. Saya rasa ia sgt mudah jika kita belajar Sains Politik, budaya bangsa dan demografi negara kita.

Org Melayu dulu berjuang menentang Malayan Union sehingga tertubuhnya UMNO. Kewujudan UMNO itu bersebab dan dari UMNO wujudnya serpihan pelbagai parti Melayu seperti PAS, S46, Ikatan, Berjasa, Bersatu dan lain2.

Tapi UMNO boleh dianggap parti yg sinonim atau menjadi pilihan utama org Melayu kerana sejarahnya. Di era 80 an hinggalah 2018 UMNO bertahan kerana kuasa dan lubuk kekayaan org Melayu dari laba politik.

PAS dianggap seteru UMNO. UMNO kata PAS parti sesat dan PAS kata UMNO kafir. Akhirnya siapa sangka org sesat dan kafir berkahwin jadilah Melayu Islam.

Dlm perjalanan sejarah itu S46 pernah muncul sebagai parti yg mencabar apatah lagi ia disertai ramai tokoh politik yg juga bertaraf Menteri atau MB. S46 dianggap parti elit juga kerana dari segi sumber kewangan mereka bukanlah seperti PAS ketika itu.

Kita pendekkan sejarah tersebut dgn tumpuan kpd Azmin Ali dan pengikutnya yg dikenali sebagai kartel. Hujah saya sgt mudah kenapa Azmin Ali dan kartel karier politik mereka akn berakhir pada PRU 15 nanti.

Sebelum itu ada yg bertanya apa hujah Azmin Ali mahu tubuhkan parti baru. Jawapannya mudah agar dia dan pengikutnya melalui parti baru nanti diterima oleh UMNO dan PAS sebahagian daripada Muafakat Nasional atau sebahagian komponen BN.

Azmin sebenarnya tahu Bersatu tidak akn diterima ke dlm MN atau BN kerana UMNO pasti akn menolak parti tersebut. Tak mungkin ada 3 parti Melayu. Apatah lagi Bersatu menyerupai UMNO iaitu perjuangan utk Melayu. Buat apa berkongsi satu kek dgn ramai pihak.

Boleh kita anggap PRU 15 nanti, Azmin akn mengucapkan bye2 kpd Muhyiddin berseorangan dgn Bersatu. Dalam erti kata lain Azmin akn selamatkan dirinya sendiri dan Muhyiddin digunakan hanya utk agenda politik peribadinya.

Tapi Azmin Ali terlupa dia mempunyai musuh dalaman dan luaran. Maksudnya UMNO dan PAS sendiri telah menyatakan secara terbuka keutamaan kpd Muafakat Nasional dan menolak utk bertindak sebagai komponen Perikatan Nasional.

Manakala PH menunggu masa utk menghukum Azmin dan kartel. PRU 15 parti Azmin akn bersama Bersatu ( Muhyiddin ) berpontensi menjadikan pertandingan 3 penjuru.

Azmin Ali terlupa kerana sebelum ini dia tidak pernah menjadi org kaya. Org kaya selalu ingat dia ramai kawan. Mana tidak kata2 org kaya pasti diiyakan. Jenaka org kaya disambut dgn ketawa.

Azmin Ali tidak mahu ambil dari pengajaran kisah org kaya apabila dia jatuh miskin... orang kaya terkejut dia hilang semua kawan apatah kawan dlm politik.

Bezanya PKR dan parti Azmin Ali ( khabar Azmin akn menubuhkan parti baru ) mereka tiada asas perjuangan yg kukuh utk diperjuangkan. Mereka adalah serpihan PKR yg digelar pengkhianat. Jadi apa hujah mereka berkempen ketika PRU nanti.

Mereka nak tuduh PKR khianat? Pasti pengundi yg bijak akn mengatakan 'gila'? Nak tuduh PH tidak betul... sepanjang 22 bulan kerajaan PH tidak terlibat dgn sebarang bentuk rasuah atau salah guna kuasa.

Azmin terlupa atau barangkali terkhayal mereka ( pemimpin PKR ) yg mengikuti hanya kerana terhutang budi atau kerana tawaran jawatan diberikan kpd mereka. Sejarah mengajar manusia tidak akn setia kesetiaan apabila terputus pangkat, kuasa dan RM.

Azmin terlupa kewujuduhan PKR dgn air mata di jalanan. Tiada Menteri, tiada Tan Sri, tiada tokoh korporat... ia lahir dari rakyat terbawah iaitu pemandu teksi, petani, penoreh getah dan golongan profesional berpendapatan sederhana.

Kewujudan PKR utk melawan korupsi dan salah guna kuasa. Ideologi itu kekal dlm perjuangan sehingga PH berjaya mengambil alih kerajaan. Nyata ia telah diterima rakyat.

Faktor kedua Bersatu dan parti Azmin akn berkubur ialah kerana demografi negara. Jika Azmin dan Muhyiddin wujud sebagai parti ketiga utk pertandingan 3 penjuru...rata2 kawasan Bersatu adalah kubu kuat UMNO dan PAS. Iaitu kawasan Melayu.

Jika sebelum ini Bersatu menang atas ihsan pengundi Cina ( Dap ) dan Melayu PKR/ Amanah... kali ini Bersatu akn keseorangan di kawasan Melayu menentang UMNO/PAS dan PH. Seperti kata Tun Mahathir kelmarin...Bersatu jika terus lari dari asas perjuangan parti ini akn lenyap.

Di kawasan Cina... pastinya pilihan rakyat kpd PH samada menyokong DAP atau PKR. Azmin tidak mampu membodohkan pengundi Cina seperti pengundi Melayu dgn memainkan sentimen bangsa dan agama.

Sebab itu saya katakan pengikut Azmin cetek ilmu politik. Mereka berpolitik utk kemenangan dan kesenangan 3 tahun yg tinggal. Bukannya utk 10 tahun atau lebih dari itu. Mereka lupa nasib seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Ezam, Zukifli Nordin, Datuk Zahrain, Gobalakrishnan, Chandra Muzaffar dan ramai lagi...

Parti Azmin hanya dianggotai Jeneral2 tanpa tentera yg akn berperang. Permasalahan akn timbul bila PRU bermula. Mesti ingat ketika PRU jentera BN hebat kerana mereka berduit dan jentera PH kuat kerana kekuatan semangat dan keikhlasan. Masing2 keluarkan duit.

Azmin Ali ketika itu takkan mampu menabur duit. S46 mengaku kalah kerana antara faktor utamanya adalah kewangan sepertimana berlaku kpd PBS. Parti politik jika tanpa kekuatan RM mereka mesti mempunyai 'grassroot' yg kuat dan ikhlas.

Itulah adalah kekuatan PAS dulu hingga sekarang kerana ahlinya mengharapkan syurga dgn pengorbanan itu. PH juga mempunyi 'grassroot' yg kuat seperti PAS kerana kekuatan semangat utk menundukkan kejahatan korupsi dan salah guna kuasa atau kerajaan kleptokrasi.

Ketokohan Azmin berbanding Anwar Ibrahim bagai langit dan bumi. Anwar ketika tanpa jawatan disambut ratusan ribu rakyat. Siapa Azmin Ali? Apa perjuangannya sebagai sebab rakyat menyokongnya? Siapa pemimpin2 yg bersama Azmin yg rakyat mahu menyokong mereka pada PRU nanti? Kesemua mereka menumpang ideologi perjuangan PH.

Sebab itu saya katakan Muhyiddin tidak akn berani mengadakan PRU. Jika Muhyiddin lakukan juga, beliau bakal menjadi PM paling singkat dlm sejarah Malaysia. Kedua beliau tahu UMNO dan PAS menolak secara terbuka utk berkerjasama dgn Bersatu dlm membentuk kerajaan.

Percaturan Muhyiddin tersilap apabila menganggap dgn memberi jawatan kpd MP dari UMNO akn membuat mereka setia dan menyokongnya utk menubuhkan kerajaan PN. Namun sebalik pula penerimaan MP2 UMNO terhadap kerajaan PN.

Maka terjawab jika Muhyiddin bubarkan juga dia seperti ingin mengucapkan selamat tinggal lebih awal dlm karier politiknya.

Mesti diingat yg mahukan segera Muhyiddin mengadakan PRU adalah Menteri2 dari kerajaannya ( kerajaan PN )sendiri iaitu dari UMNO. Sebab apa? Sebab UMNO tahu ketika ini 'mood' pengundi Melayu menyebelahi mereka.

Ubat pelali Melayu dan Islam masih berkesan. Lihat pemimpin2 yg korup disanjung dgn panggilan 'Bos Ku' dan ada yg disambut bagaikan seorang wira. Jadi UMNO melihat bangsa Melayu masih lali dgn ubat pelali tersebut dan kesempatan ini mesti diambil segera.

Pengakhirnya Muhyiddin dan Azmin sedar mereka sudah tersilap membuat perjudian. Panggilan Abah ini akn tenggelam dgn panggilan Bos ku jika PRU bermula nanti. Jika berlaku perlawanan 3 penjuru, PH ada potensi utk mencuri peluang sekurang kurangnya 90 kerusi MP.

PKR dan Amanah boleh mengambil kerusi Bersatu dan Kartel yg mana kerusi2 kartel dilihat akn berpihak kpd PH. Tanya saya mana2 pun boleh... jika Muhyiddin mahukan PRU 15 pun ok... terserah.

Jika berlaku PRU 15 saya akan ajak rakan2 penulis berkampung di kubu Azmin Ali. Kita pastikan Azmin tewas dan lihat siapa kawan2 Azmin Ali nanti. Percayalah tanpa kuasa, RM dan jawatan nasib Azmin Ali akn berkubur dlm persada politik tanahair. Berkeliaran pengikutnya mencari tuan baru.

Ingat....Azmin Ali boleh membeli pemimpin yg tidak bermaruah dgn jawatan dan kuasa. Tetapi Azmin Ali lupa dia tidak akn mampu membeli maruah rakyat terutama daripada kelompok intelektual. Itulah kesilapan terbesar Azmin Ali dan pengikutnya.