Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas


Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
Tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. - Foto Astro AWANI
PENAMPANG: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Pada sidang media hari ini, tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Selain itu, tindakan mereka juga adalah untuk memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan masing-masing.
Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri," katanya James dan Limus pada Isnin.




No comments: