Negara mana nak beri Malaysia pinjam?
Ipohmali
Baca Kenyataan Menteri Kewangan, Yang Malaysia tidak akan bergantung kepada pinjaman luar Negara.. Persoalannya Negara luar mana sanggup berikan Malaysia pinjaman kepada Kerajaan tebuk atap ? Tidak ada.. melainkan pinjaman Ah long seperti China yang akan mengikat kamu..
kenyataan Tg Zafrul Menteri Kayangan..Dia kata.. Kita tak akan bergantung kepada Pinjaman luar.. hutang akan dikumpulkan menerusi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII)., jadi Institusi mana yang akan jadi mangsa, Petronas ? PNB ? KWSP ? KWAP ?
sebab kita takda rezab simpanan seperti Singapura.. Semua itu lebih beresiko kerana menyentuh simpanan Rakyat Malaysia.. sudahlah RM 40 Billion duit hari tua rakyat digunakan untuk digunakan selamatkan Ekonomi negara.. hari ini apakah dana dana ini sekali lagi akan digunakan..?
Sebelum ni ada yang pertikai bilamana Kerajaan Jepun menerbitkan Bon Samurai hampir RM 10 Billion( 200 Billion Yen) kepada Malaysia, Bagi aku itulah lambang keyakinan negara luar seperti jepun kepada Kerajaan PH dan kepimpinan Tun Mahathir.. Itu hakikat.. Ia melibatkan hubungan baik perkenalan Atok dan rakan dia dari jepun sekian lama..
Jadi nak bandingkan Hutang luar Negara seperti Bon Samurai dan hutang dalam negara..Mudah faham macam ni..Keluarga Abah tebuk Atap.. Abah atau Paksu takda duit simpanan.. Syarikat depa kerugian..Kalau nak pinjam Bank atau Institusi kewangan luar, Bank tak percaya sebab rekod kewangan Abah dan paksu teruk..
Jadi abah kata kepada anak anak dia.. jangan Bimbang..Abah takkan pinjam dengan Bank atau sesiapa.. anak pun seronok Abah dan Paksu dia cakap macam tu.. rupanya abah dah bapak sedara Paksu depa dah berpakat..kebetulan paksu dia ada pengalaman kerja di Bank..jadi dia tahu mcm mana caranya..
Jadi dimana Abah Pinjam.. ? Akhirnya, Anak anak dia tak tahu, Abah dia sebagai penama bersama Paksu depa.. dia ambil duit simpanan anak anak dia yg isteri dia dulu simpan dalam tabung Haji..Tabung Amanah raya..dan tabung pendidikan SSPN anak depa…dan gadai tanah gelang dan rantai emas milik ibu depa dulu di Pajak gadai….
bayangkan dari Duit Simpanan Anak anak depa..abah dan paksu dia yang tak guna ni gunakan untuk buat Bisnes.. dan depa bagi lah sikit kat anak anak buat seronok untuk puji hati depa.. akhirnya masa depan anak anak beresiko untuk hilang.. sebab akhirnya hanya digunakan hanya untuk belanja meneruskan hidup..
Jadi untuk faham beza Hutang Bon samurai, macam Atok dulu pinjam dengan kawan dia.. tak resikokan simpanan dan masa depan anak anak dia..Kalau rugi, yg rugi hanya syarikat Atok dia.. tak libatkan anak anak dia.. tapi dalam kes Abah dan paksu ni.. kalau jadi apa apa..Habis hilang duit simpanan ,Pendapatan dari dividen dan masa depan anak anak depa…
Sebelum ni ada yang bandingkan Bon samurai dengan Hutang di era Najib.. dan kaitkan dengan resiko pertukaran Matawang… Untuk mudah faham macam ni..
Takda Negara yang akan berikan Pinjaman dengan mudah, dan tidak diikat dengan syarat, atau sebarang cagaran(collateral) pada kadar faedah bawah 1%.. iaitu pada kadar 0.5%-0.63% jika mereka tidak yakin dengan keupayaan kepimpinan dan Kerajaan.. dah rupa konsep Qard Al hassan..hatta nak pinjam dari KWSP, KWAP atau agensi mcm MARA,TEKUN dan Amanah ikhtiyar pun tak mungkin dapat kadar faedah dibawah 1%..lebih baik digunakan untuk palaburan yg lain..
Bayangkan, Bon samurai ini diberikan tanpa sebarang Syarat! kita bebas untuk uruskan untuk struktur semula hutang atau melakukan pembagunan.. tidak sebagaimaan pinjaman di era Najib dengan Kerajaan China.. seperti projek ECRL.. sudah lah kadar faedah pinjamannya 3-4%..Bayangkan dalam tahun 2019..dalam tempoh 6 Bulan kerajaan bayar RM 200 juta hanya faedah dari pinjaman Projek ECRL.. Projek belum siap lagi..
Sudah lah kita dipaksa mengambil hutang dari Bank mereka..Kita diikat pula syarat ..Kita wajib gunakan Kontraktor dari kalangan mereka.. Kita kecualikan pula GST.. itu sebab banyak kepentingan Wilayah dan negara seperti Sri lanka tergadai kepada China bila depa diikat dengan hutang Ahlong..
Ada orang kata, Bon samurai itu terdedah kepada turun naik matawang ringgit berbanding Yen.. Bagi aku itu sudah pasti..ia sama dengan urusniaga.. terpulang kepada kebijaksanaan kita menguruskan Pinjaman itu.. Janji kita tidak diikat dengan syarat dan sebarang Perjanjian seperti Ahlong..
Jadi nak mudah faham, Najib dia hutang dengan Ahlong..dah lah hutang..buku bank Ahlong pegang buat cagaran, kalau Pak Ajib nak beli Komputer atau perabot..Kena beli dari kedai rakan Ahlong ini walaupun kita tahu.. ada kedai jual komputer yang sama dengan harga lebih murah..sebab kita dah diikat dengan hutang Ahlong..mcm hutang Kredit AEON dan Court Mammont lah…
Bagi Bon samurai pulak, Mcm kita buat Personal Loan.. Kita ada resiko turun naik kadar faedah.. Tapi kita bebas gunakan Duit tu beli dari Kedai mana..bebas buat tawar menawar dalam urusniaga sebab kita ada cash..kita bebas Buat Bisnes yang menguntungkan lebih dari resiko kenaikan kadar faedah..apalagi collateral..
Jadi reti bezakan..antara Hutang Ahlong.. Hutang Personal Loan ngan Guna Duit simpanan anak anak sendiri untuk teruskan Hidup….
Jadi mudah faham kut…
Ipohmali