Perak darul Hudud?
Kredit: Ipohmali
Beberapa hari lepas, dalam titah ucapan tuanku Sultan Perak, antara yang disampaikan adalah perkenan baginda 3 nama lagi sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak..
Aku jangkakan, sudah pasti ada kuota bukan Islam setidaknya.. rupanya rakusnya UMNO semua barisan EXCO tambahan adalah dari UMNO..ini bermakna keseluruhan pentadbiran Perak 100% dianggotai Melayu Islam..
Dan sesi lainnya pula, kata hati aku..Boleh jadi Kerajaan tebuk atap di Perak ini akan Reserve.untuk jawatan Speaker.. Malangnya rakusnya UMNO, Jawatan Speaker pun datang dari UMNO..dan timbalan speaker dari PAS.. Zaman UMNO rampas Perak tahun 2009..Zambry jadi MB Perak dulu ada juga wakil MCA dalam EXCO, wakil MIC dilantik Speaker..
Bagi aku agak mengejutkan dengan Kerajaan baru tebuk atap ini…Tetapi aku amat gembira, Bila Kerajaan Perak hari ini, dari MB, EXCO, Speaker dan Anggota Pentadbirannya 100% Melayu muslim..
maka tercapailah cita cita sejak zaman UMNO mewakilkan Mufti Perak dulu memujuk TG Nik Aziz untuk bina kerajaan sepenuhnya Melayu Islam gabungan PAS dan UMNO.. dan ketika itu Tok Guru tegas menolaknya..dan hari ini..akhirnya ia menjadi reality..
Jadi apa lagi alasan Hudud tidak boleh dilaksanakan di Perak.. atas sebab Hudud itulah PAS Perak memutuskan Tahaaluf dengan DAP.. aku masih ingat masa aku bersama Pemuda PAS.. dalam pemilihan 2015.. Isu Hudud ini menjadi senjata Ulama jahat di dalam PAS mengfitnah pemimpin yang digelar Anwarinas..
Dalam sesi Ijtima’, Mesyuarat Kawasan, Pemimpin seperti Ds Nizar, Asmuni, Dr Khariuddin diserang oleh kelompok Ulama’ ini.. antara watak yang kuat mainkan sentimen Agama ini dah tentu datang dari kalangan Dewan Ulama’ PAS Perak sendiri..dulu Arwah Azli taliban dan Ustaz Wan tarmizi sampai takfirkan kelompok selain mereka..
Itu belum lagi datang dari tokoh seperti Sideq Noor dan Ketua dewan Ulama hari ini Ibrahim Zakaria.. begitu jugalah dengan Razman Zakaria yang ditakrifkan PAS perak sebagai Ulama’ walaupun mempunyai Akhlak yang cukup buruk…
Masa pemilihan 2015..sebenarnya aku bukan lah pro Profesional.. Aku lebih kepada pro Ulama’..tetapi bila melihatkan wajah kelompok Ulama yang membudayakan perbuatan Takfir..Fitnah, apalagi lebih cenderung kepada UMNO.. maka aku tidak lagi menyokong mereka.. sebab fikrah aku bermazhabkan manhaj Politik TG Nik Aziz…bukan Haji Hadi..
Itu sebab masa tahun 2015.. Aku terbitkan 2 siri video Kerajaan Perpaduan.. dedahkan Kerja jahat dan rencana mereka..dah terbukti, apa yang ada dalam video itu..semua nya menjadi kenyataan dan realiti hari ini…..
Masa tu masih ingat..Akhbar Sinar harian memainkan isu Hudud..Mereka buat tajuk jahat di muka depan akhbar depa.., Tajuknya ” PR Perak tolak Hudud”.. maka laporan akhbar inilah yang menjadi modal kelompok Ulama PAS mengfitnah kelompok selain mereka.. malah masa tu Razman Zakaria bertegas, Dalam media..Kami tetap akan laksanakan Hudud..
Sedangkan memang sejak dari zaman Tok Guru Nik Aziz..Zaman Ds Nizar jadi MB tidak pernah timbul dalam konsensus berkenaan Hudud dalam Tahaaluf dengan DAP..sama seperti Kerjaaan PAS negeri Kedah..depa tak laksanakan Hudud pun… tapi itulah jahatnya kelompok Ulama PAS dengan fitnah2 mereka.
Apapun..aku gembira, Cita cita PAS dan Ulama PAS hari ini tercapai.. Wahai Ulama PAS Sideq Noor..Wahai Ibrahim Zakaria.. Wahai Razman Zakaria..hatta Menantu Haji Hadi yang terpilih sebagai Exco Agama Perak.. apa ditunggu lagi..Inilah peluang PAS Perak laksanakan Hudud..
bukan kah selama ini kamu menghasut di markaz markaz PAS..di Mimbar dan Kuliah di Masjid yang Perak ini ditadbir oleh DAP.. dan itu sebab nya Maksiat, Pusat Judi dan Arak subur di Perak..dan kononnya Islam dan Hudud tak dapat dilaksanakan…
Hari ini Kerajaan Perak 100% dari kalangan Melayu muslim.. hatta Speaker datangnya dari UMNO dan PAS..tidak ada halangan lagi bagi PAS.. Ulama PAS untuk laksanakan Hudud..haramkan Arak dan Judi di Negeri Perak.. inilah kesempatan terbaik dalam Sejarah Perak..
Marilah kita sama sama menyokong PAS dan UMNO Perak tegakkan hukum Hudud.. Haramkan Judi dan Arak sepertimana desakan Ulama PAS sebelum ini.. kalau tak sia sia lah selama ini Takfir dan kafirkan sesama muslim atas sebab Hudud ini..
Itu sebab aku kata, Peristiwa rampasan kuasa ni..banyak hikmahnya.. Allah sedang memberikan kita jawapan terhadap fitnah2 mereka..