Oleh Mohd Sayuti Omar II ( MSO )
Kata Dr Mahathir Mohamad DAP tidak mungkin boleh hancurkan Melayu, tetapi Melayu hancur apabila memilih pemimpin penyangak. Frasa itu menunjukkan Melayu itu musnah bukan kerana DAP tetapi kerana kesilapan Melayu melantik pemimpin mereka. Kebodohan Melayu dalam berpolitik.
Saya sangat setuju dengan pendapat Mahathir itu. Walaupun kita sangsi dengan DAP sebab mereka adalah parti Cina tetapi parti itu tidak mampu hancurkan Melayu. Seperi mana kata Mahathir Melayu sudah terkenal sebagai bangsa yang berani, sanggup berhadapan dengan penjajah. Sejarah kehebatan Melayu sudah ada. Apakah Melayu hari ini bacul, tanya Mahathir tidak berani menentang DAP secara mendada?
Berasaskan itu adalah tidak munasabah kalau Melayu, boleh mengaku kalah dengan DAP. Sementelahan lagi DAP tidak memasang agenda sejauh itu untuk menghancurkan Melayu. DAP masih menghormati demokrasi dan ia bergerak pun dalam rangka itu yang dibenarkan perlembagaan.
Tetapi itulah yang dijaja dan digembar gemburkan, dibisik kepada orang Melayu mengenai niat dan kejahatan orang DAP. Kononnya DAP telah menguasai kerajaan PN dan menjadikan parti lain sebagai kuda tunggangan. Sebenar itu adalah ilusi yang sengaja dicipta untuk dijadikan modal politik sahaja, tidak lebih daripada itu.
Sampai kini pihak yang mencurigai DAP tidak mendedahkan secara konkrit apa-apa rancangan DAP itu. Apa yang ada hanya dakwaan kosong tanpa bukti. Sebenarnya orang yang berilusi demikian juga, mereka yang takut dan tidak faham dengan sistem demokrasi diamalkan di negara ini. Mereka tidak dapat melihat batas atau pagar dibina oleh demokrasi daripada pencerobohan ke atas kepentingan Melayu. Mereka juga terlupa dan jahil mengenai peranan sembilan Raja-Raja Melayu yang menjadi kunci ke atas negara ini.
Sebab itu saya katakan, ia sengaja menjadikan DAP sebagai modal kering. DAP dijadikan momok untuk menakutkan Melayu dengan tujuan supaya Melayu melutut dengan mereka untuk dapat kuasa politik.
Dan sekiranya benarlah apa didendangkan itu, bahawa DAP bahaya dan mengancam kepada orang Melayu dan berpotensi untuk menguasai negara ini, kenapa tidak mahu bertindak terhadap DAP. Sudah berapa tahun usia parti itu. Jika ia mudarat tunggu apa lagi, bukankah ia boleh dihapuskan atau diharamkan seperti Britisih mengharamkan Parti Komunis Malaya (PKM). Kebetulan pula ada sarjana tahi kucing terang-terang mengatakan DAP adalah Komunis. Sarjana inilah menjahamkan minda.
Nah, kerajaan hari ini boleh mengambil langkah itu, kengkang DAP dengan membatalkan pelembagaanya. Hanya cara itulah ia boleh menyelesaikan ketakutan itu dan juga membuktikan betapa bahayanya DAP seperti diuar-uarkan itu.
Kita mahu tengok tindakan ini dilakukan oleh kerajaan PN yang sebelum ini menjaja kepada rakyat akan kejahatan dan bahayanya DAP ini. Haramkan DAP. Muhyiddin pun ada menyebut kenapa beliau melakukan kudeta, adalah untuk selamatkan negara. Tanpa beliau sebut saya percaya ia dituding kepada DAP.
Ini adalah masa terbaik untuk beliau kerjakan DAP. Pam patut kemukakan cadangan pengaharaman DAP itu.
Jika beliau tidak mengapa-apa DAP menerusi undang-undang yang ada maka jelas ia hanya bohong, dan tipu serta boleh dianggap munafik kerana melakukan bi’daah politik. Muhyiddin jangan terus menyimpan hutang dengan rakyat. Trims. DAJAL