OLEH: Zulimran Nasution Abdullah Omar
DARI MANA DATANGNYA?
Malam tadi berlangsunglah majlis persandingan anak perempuan kepada seekor menteri yang terpalit dengan skandal video semburit di Sandakan, Sabah sekitar awal bulan puasa tahun ini.
Dapat diperhatikan apabila masuk saja ke lobi sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu, majlis yang dianggap serba sederhana rupanya terlalu sukar untuk disangkal kemewahannya.
Apatah lagi, anak perempuan yang kononnya hasil hubungan terlarang itu sememangnya fitnah belaka apabila bapa kandungnya sendiri mewalikan pernikahan anaknya beberapa hari sebelum kejadian malam ini disaksikan para ternakannya nun serata dunia.
Syahdan, bila beberapa pemimpin parti bunga yang hadir mengambil foto dan merakam video sekitar majlis yang turut dihadiri memanda si tua yang baru sampai dari luar negeri, rasa mual lagi jijik mula terkeluar satu-persatu.
Nampaknya budaya Umno feudal cukup meresap dalam majlis gilang-gemilang berkenaan tambahan lagi dikhabarkan ramai ternakan si kitol itu tidak dibenarkan hadir atas sebab yang entah siapa boleh ketepikan.
Yang dapat hadir seakan tercengang melihat betapa mewahnya majlis yang dihadiri pelbagai lapisan kenamaan dan tidak lupa pengkhianat setianya dari negeri Hang Tuah turut terkantoi sama.
Persoalan mula timbul terutama membabitkan aspek sumber kewangan untuk membiayai majlis persandingan ala-ala Wedding of The Year buat anak si semburit kerana majlis serupa untuk anak lelakinya turut disulami dengan sejuta tanda tanya.
Dari manakah datangnya wang sebegitu banyak menjayakan majlis serupa kurang dari dua tahun antara satu sama lain?
Adakah Ketua Pesuruhjaya SPRM berani arahkan para pegawainya menyiasat atau hanya tunggu saja laporan dari rakyat dulu baru hendak bertindak?
Jangan ulangi kebobrokan @NajibRazak dan Rosmah Mansor sebelum mereka berdua ditendang dari Putrajaya!
- Admin