Belanjawan tangani isu mendesak – KRI
Sekali lagi pembentangan Belanjawan 2020 oleh Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapat pujian.
INSTITUT Penyelidikan Khazanah (KRI) menyifatkan Belanjawan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat lalu sebagai berjaya menangani beberapa isu yang dihadapi negara.
Dalam masa yang sama Belanjawan itu turut disifatkan sebagai dapat memacu pertumbuhan dan mencapai hasil saksama jangka panjang.
“Ia (belanjawan) bertujuan memperkukuh struktur ekonomi, membangunkan kualiti tenaga kerja dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Ia merupakan belanjawan pertama sejak pengumuman Wawasan Kemamurkan Bersama 2030,” kata KRI dalam kenyataan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Jumaat lalu turut mengumumkan RM8 bilion untuk program pembangunan Bumiputera.
Tidak terhenti setakat itu, kerajaan turut memperkenal pelbagai langkah bagi meringankan beban dihadapi rakyat di negara ini terutama golongan B40.
Sementara itu, KRI melalui kenyataan mereka turut berharap dapat memainkan peranan menyokong pembangunan dasar yang diusahakan kerajaan. .