AKHIRNYA PARTI BANGSA LEBAI TERSUNGKUR DI KAKI UMNO



Oleh: Zulkarnain Abidin Alyahdhi..



Kini, parti bangsa lebai akur, nak menang pilihanraya tidak boleh bersendirian. Sebelum ini, berdegar-degar parti bangsa lebai canang kononnya parti itu kuat jika bersendirian.

Atas perasan kuat bersendirian itulah, parti bangsa lebai mencari pelbagai helah untuk keluar dan kucar-kacirkan Pakatan Rakyat.

Diuar-uarkan tentang hudud, dibising-bisingkan tentang RUU 355 sehingga bangsa lebai sanggup memunafikkan rakan seislam dan mengharbikan rakan bukan Islam kerana berbeza pandangan dengan bangsa lebai dalam kedua-dua isu itu.

Dengan nekad parti bangsa lebai keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika itu, dengan bangga parti bangsa lebai heboh-hebohkan, mereka sanggup bersendirian demi Islam sehingga ada MB kerajaan parti bangsa lebai yang sedia letak jawatan jika hudud gagal dilaksanakan di sana.

Akhirnya parti bangsa lebai kalah dalam PRU yang lalu di peringkat nasional. Seorang demi seorang bekas kawan-kawan parti bangsa lebai menjejak kaki ke Putrajaya. 

Parti bangsa lebai berbulu juga biji mata apabila percaturan politik perasan kuat mengecundangkan mereka dalam PRU.

Kini parti bangsa lebai terpaksa terima hakikat keperluan kolaborasi politik. Bangsa lebai yang pernah ludah muka rakan sendiri kerana kerjasama politik yang dijalin dengan pelbagai pihak dalam Pakatan Harapan, kini sedang menjilat ludah itu apabila bekerjasama dengan parti yang pernah bangsa lebai kafirkan.

Nyata sekali, parti bangsa lebai hakikatnya bukan perjuangkan Islam. Sembang bangsa lebai tentang dasar Islam parti mereka hanya retorik untuk mengkhayalkan pentaksub supaya tidak beralih angin.

Parti bangsa lebai adalah parti politik, yang mengintai habuan politik, kemaruk jawatan politik, lalu untuk semua itu agama dilelong dengan nilai tak seberapa di Pi Dabliu Ti Si.

No comments: