Penyatuan Pas, UMNO semakin kuat – penganalisis By Mohd Zaini Samsu Hadi -

Image result for umno pas






  

KUALA LUMPUR – Pembaharuan politik Pas di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengubah landskap politik parti itu daripada ‘Juara Kampung’ kepada diterima masyarakat bandar.

Penganalisis Politik, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, strategi budaya politik matang (BPMS) dan sejahtera yang digunakan sewaktu krisis 2015 sehingga terkeluarnya sebahagian kecil pemimpin dari Pas akhirnya telah membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).
Katanya, walaupun Pas dilihat sebagai parti pembangkang sejak 1951, senario kekuatan dan pengaruh tidak dapat dinafikan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak Utara.
“Kini hampir 60 peratus keahlian Pas adalah anak- anak muda yang berpelajaran dan celik media sosial.
“Malahan, strategi BPMS dan usaha diplomasi politik Abdul Hadi berjaya merapatkan saf bersama UUMNO. Sesuatu yang diluar jangkauan ahli-ahli Pas dan UMONO sebelum 2008.
“Abdul Hadi perlu dinilai positif kepimpinannya berbanding krisis amanat yang dikeluarkan beliau pada 1980an.
“Sebagai penganalisis politik saya melihat Abdul Hadi lebih berkredibiliti memimpin gabungan Pas dan UMNO. Ini disebabkan pengalaman beliau belajar daripada kesilapan terdahulu dan bersikap terbuka dalam memperhebatkan Pas pasca PRU13 berjaya meletakkan Pas sebagai organisasi yang berdaya saing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Iskandar Hasan yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan menegaskan, elemen ketidakintegritian dan kekuatan semangat wala’ dalam kalangan ahli merupakan kekuatan dalamannya.
Katanya, kekuatan luaran Pas adalah kepimpinan beliau (Abdul Hadi) meletakkan kepentingan perjuangan akar umbi yang ingin perubahan daripada kepentingan agenda dirinya.
Ujarnya, ia adalah sesuatu yang sukar dicari tetapi tidak mudah dilaksanakan.
“Kebanyakan pemimpin parti akan meletakkan agenda kepentingan diri dan mengajar ketaatan dan ketaksuban kepada kepimpinannya.
“Tetapi tidak pada Datuk Seri Abdul Hadi. Ketaatan kepada parti amat penting. Pemimpin boleh datang dan pergi. Tetapi kelangsungan dan kekuatan parti tidak boleh diganti.
“Maka Pas sebenarnya adalah satu-satunya parti yang masih mampu bertahan dengan prinsip tersebut.
“Banyak parti politik sudah terkubur apabila pemimpin telah melanggari prinsip tersebut. Ini boleh dibuktikan kemenangan Pas di Terengganu telah meletakkan golongan anak muda dan profesional menjadi Menteri Besar dan bukannya Datuk Seri Abdul Hadi sendiri,” ujarnya.
Tambah beliau, sikap sebegini boleh dilihat sekiraya Pas dan UMNO berjaya menawan Putrajaya nanti.
“Apa yang pasti penyatuan Pas dan UMNO adalah penyatuan ummah yang semakin hari semakin kuat.
“Cuma gerakan strategi amat penting dalam penyatuan tersebut agar negara ini berjaya mengembalikan zaman kegemilangan Melayu Islam di rantau ini,” katanya. MG

No comments: