“TOK MAT PERLU TUNJUK CONTOH TERLEBIH DAHULU”


Saya ikut serta berceramah dan membantu sahabat saya dan calon Pakatan Harapan, Dr Streram (N27 Rantau) di Rantau malam tadi.
Saya tekankan bahawa kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar, Dato Seri Hj. Aminuddin Harun sentiasa konsisten memperkenalkan dasar dan program yang membantu rakyat Negeri Sembilan walaupun baru mengambil alih.
Antara isi penting ceramah saya:
1. Jumlah pelaburan asing meningkat pada tahun 2018 dengan angka direkodkan RM 1.6059 bilion berbanding RM 0.736 bilion pada 2017;
2. Mulai April ini, anak Negeri Sembilan yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Politeknik di seluruh negara bakal menerima bantuan kewangan RM 100.00 setiap bulan;
3. Guru KAFA mendapat tambahan elaun menjadikan jumlah penerimaan elaun sebanyak RM 950.00;
4. Kerajaan Negeri Sembilan lebih awal melancarkan program “Foodbank” pada Jun 2018 yang menyasarkan golongan asnaf/keluarga B40 mendapatkan bantuan makanan; dan
5. Peruntukan sebanyak RM 3 juta ringgit dibelanjakan sejak Januari 2019 untuk pusat tahfiz, SJKC, dan SJKT.
Calon BN, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Tok Mat) pula skrip kempennya adalah perlu dipilih semula ke DUN bagi mewujudkan semak dan imbang kepada kerajaan negeri (https://m.malaysiakini.com/news/470228).
Niat Tok Mat baik tetapi untuk menjadi pembangkang yang efektif, Tok Mat perlu dahulu menunjukkan contoh.
Ketika saya dan MB Negeri Sembilan sekarang menjadi pembangkang, kami telah terlebih dahulu isytihar harta bersama INVOKE Malaysia supaya rakyat boleh tahu nilai kekayaan kami (https://invokemalaysia.org/asset-declaration-akujanji/) .Dr Streram juga telah isytihar harta beliau.
Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Negeri Sembilan juga telah isytihar harta pada 18 Julai 2018. Ini tanda komitmen kami untuk terus mengangkat nilai integriti sebagai teras agenda reformasi kerajaan.
Jadinya, kalau mesej Tok Mat adalah berkenaan menjadi pembangkang yang efektif bagi tujuan semak dan imbang, beliau perlu terlebih dahulu memulakan langkah tersebut.
Saya akan terus turun ke bawah berkempen bersama rakan-rakan di Rantau. Gerak kerja dan strategi akan terus disusun sepanjang kempen ini.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung PKR.

No comments: