PH mampu menang di Rantau – Ir Nizar Jamaluddin
Exco Kerajaan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yakin Pakatan Harapan (PH) akan menang dalam pilihan raya kecil DUN Rantau sekiranya strategi kempen yang tepat ke atas golongan sasar dilakukan.
Menurut beliau, PH perlu meyakinkan pengundi Melayu bahawa hak-hak mereka terjamin di bawah kerajaan PH dan menolak tohmahan serta adu domba perkauman daripada BN dan Pas.
“Saya berpendapat PH boleh menang di Rantau asalkan strategi yang betul digunakan oleh PKR untuk menangkis hujah-hujah pihak lawan.
“Yang penting masyarakat Melayu mesti diberi jaminan kukuh bahawa hak mereka tetap dijaga dibawah Kerajaan PH dan tema ini wajib diberi penekanan demi membantutkan serangan atau senjata perkauman dari puak-puak rasis yang mengugat peluang kemenangan kita,” kata Nizar yang juga ADUN Sungai Rapat kepada Suara Pakatan Daily.
“Yang penting masyarakat Melayu mesti diberi jaminan kukuh bahawa hak mereka tetap dijaga dibawah Kerajaan PH dan tema ini wajib diberi penekanan demi membantutkan serangan atau senjata perkauman dari puak-puak rasis yang mengugat peluang kemenangan kita,” kata Nizar yang juga ADUN Sungai Rapat kepada Suara Pakatan Daily.
Selain beliau, penganalisis ekonomi Jameson Tan juga mengakui PH mempunyai peluang lebih baik untuk menang berdasarkan mood masyarakat berbilang kaum di Negeri Sembilan yang menerima baik dasar-dasar kerajaan negeri.
“PH sebaik-baiknya menang di Rantau setelah kalah di Cameron Highlands dan Semenyih untuk memberi gambaran kepada pelabur asing bahawa Kerajaan PH masih kuat dan disokong oleh majoriti rakyat terutamanya masyarakat Melayu,” katanya.
Sementara seorang peniaga yang ditinjau berkata, PH perlu memberi penerangan mengenai kawalan harga barang bagi meyakinkan pengundi berikutan kenaikan harga sejak 10 bulan lalu.
“Strategi PKR mestilah memberi tumpuan kepada semua golongan pengundi. Pandangan saya kalau harga barang keperluan asas dapat diturunkan maka serangan dari pihak lawan yang menggunakan unsur perkauman akan dapat ditumpulkan.
“Sekarang misalnya harga telur telah turun (10 biji telur biasa kini berharga RM3.85 berbanding dengan RM4.30 lebih seminggu yang lalu) dan harga minyak RON95 patut dikekalkan di bawah paras RM2 seliter.
“Kerajaan PH patut sedar bahawa rakyat kecewa dengan banyak janji-janji manifesto pilihan raya umum lalu yang belum lagi ditunaikan. Kita faham dengan alasan yang diberi oleh menteri tetapi menteri yang tidak efektif harus diganti.
“Selain itu, Menteri Kewangan ada kata pelaburan asing sudah bertambah. Oleh itu, rakyat mesti menikmati manfaatnya walaupun hutang negara terpaksa dibayar,” kata peniaga yang mahu dikenali sebagai Maimunah, 60 tahun.
Tegasnya, jika dua faktor itu, harga barang dan harga minyak dapat ditangani maka sokongan Melayu akan kembali kepada PH ketika janji-janji manifesto masih belum boleh ditunaikan dalam tempoh waktu terdekat.