*KEADILAN SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA PIHAK POLIS UNTUK JALANKAN SIASATAN BERKENAAN INDIVIDU YANG TELAH MENAHAN DAN MEMERIKSA KERETA POLIS DI SJK(C) CHUNG HUA DI RANTAU*
1. Tindakan beberapa individu yang didakwa sebagai penyokong Pakatan Harapan yang telah menahan dan memeriksa kereta peronda polis di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua ketika Pilihanraya Kecil N.27 DUN Rantau adalah satu tindakan yang tidak boleh dipertahankan.
2. Tindakan individu-individu tersebut adalah melampau dan mengganggu penjawat awam terutamanya pihak berkuasa yang sedang bertugas.
3. KEADILAN akan segera memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dalam menyiasat kejadian ini.
4. KEADILAN juga akan segera mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya sekiranya dibuktikan bahawa individu-individu yang terlibat adalah anggota KEADILAN.
5. KEADILAN tegas menolak sebarang budaya samseng dan tindakan melampaui batas undang-undang.
SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
14 APRIL 2019